in , ,

Kenapa Eh Kumpulan K-Pop Ada Banyak Fans?

Sumber gambar: https://www.eonline.com/ap/news/1029181/blackpink-teases-kill-this-love-mv-with-new-videos
Sumber gambar: Instagram Lunaria

Oh my my my, oh my my my!! Ehhh tak habis melekat lagu BTS ni dalam kepala. Tak ada la suka sangat K-Pop ni, tapi kenapa lagu diorang ni senang nak singalong?

Ehh siapa selalu macam tu? Baru dengar lagu K-Pop dua tiga kali, terus melekat dalam kepala then mula la nak menari-nari. FYI, muzik Korea mula masuk ke Malaysia since lagu kumpulan Super Junior, Girls Generation dan PSY jadi viral dekat sini. Sejak tu, satu persatu kumpulan Korea mula menempa nama, tak kisah la dalam lakonan atau nyanyian. Korang nak tahu tak sebab lain kenapa ramai orang minat muzik K-Pop? Check it out~

TARIAN


 One of the reason kenapa ramai orang suka muzik dari Korea ialah sebab tarian diorang yang sharp dan laju! Muzik Korea ni sangat sinonim dengan tarian. Ainaa ambil contoh, Lisa BLACKPINK, dah la pandai menari, rap, tambah pula dengan muka yang comel, patut la ramai fans dia dari seluruh negara. Bakat menari dia yang memukau buatkan semua orang tergilakan dia. Maybe korang boleh belajar menari untuk tarik perhatian crush? Eh!

FESYEN

Sumber gambar: https://stararena.co/2015/09/02/hd-photo-coverage-snsd-at-tencent-kpop-live-concert/

Selain jadikan selebriti dari Hollywood sebagai ikon fesyen, ramai juga yang suka tengok fesyen artis Korea tak kira perempuan atau lelaki. Sampaikan dekat Malaysia pun, dah ramai orang gayakan fesyen ala-ala artis K-Pop. Kalau korang perasan, kebanyakan artis K-Pop akan pakai baju yang lebih kurang sama setiap kali buat live performance. Kalau tak pun, masing-masing akan tampil dengan fesyen tersendiri which is good sebab diorang ada identiti sendiri dalam berfesyen.

PERSEMBAHAN LIVE


Sekali diorang buat concert tour, confirm penuh satu stadium sampai ticket sold out dalam masa yang singkat. Perasan tak every time mana-mana kumpulan K-Pop buat live performance, mesti diorang 100% bertenaga! Cakap je la concert dekat mana pun, diorang akan menyanyi dan menari macam tak rasa penat langsung. At the same time, diorang tahu macam mana nak communicate dengan fans waktu tengah buat performance. Ingat tak waktu BTS LOVE YOURSELF TOUR dekat Bangkok haritu, Jung Kook punya la semangat menari sampai terjatuh tau! Nampak tak betapa gigihnya dia nak perform sampai sanggup ambil risiko terjatuh.

LIRIK LAGU

Setiap lirik lagu yang dihasilkan ada maksud yang tersendiri, macam tentang kekeluargaan, persahabatan, pengorbanan, kehidupan dan banyak lagi. Sebab tu ada certain orang akan dengar lagu Korea every time diorang rasa sedih atau perlukan sokongan. Ainaa ambil contoh paling dekat, kumpulan BTS banyak buat lagu tentang kisah kehidupan ahli kumpulan mereka sendiri. Sebab tu ramai fans diorang terdiri daripada teenagers sebab diorang sendiri faham betapa sukarnya menjalani kehidupan as teenagers.

Lepas ni, korang jangan lah pertikaikan sebab apa kawan korang minat lagu K-Pop. Let say korang sendiri tak minat K-Pop langsung, why not cuba dengar dua atau tiga lagu diorang, mana tahu lepas ni boleh sign up jadi ahli fandom ke? Hehe!

What do you think?

24 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tips Guna Eyelash Curler

Ramadhan Special #1: Teka Makanan Bazaar