in ,

Kenapa Covid-19 Boleh Dianggap Hadiah Untuk Kita?

Sumber gambar: www.thailandmedical.news

Sekarang ini mungkin ramai yang mengeluh sebab bosan, tak boleh keluar, rasa tak tahu nak buat apa, hidup dalam ketakutan, sampai panik nak buat macam-macam hanya disebabkan satu arahan mudah oleh pihak yang bertanggungjawab nak jaga keselamatan dan kesihatan kita disebabkan wabak Covid 19 yang bahaya. Akan tetapi pernah tak korang terfikir dari sudut lain tentang Covid 19? Bukan dari segi negatif, tetapi kenapa Covid 19 ini adalah hadiah paling terindah untuk semua manusia? Okay kalau korang tak tahu juga, biar kami kongsi apa alasannya.

MASA

Sumber gambar: pinterest

Antara hadiah paling terbaik yang kita dapat sewaktu cuti Covid 19 ini adalah masa. Korang memang ada banyak sangat masa untuk diisi dengan membaca buku, mengulang kaji dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, masa korang bersama keluarga pun lebih banyak sebab korang boleh tonton movie atau drama bersama, makan bersama dan mak ayah, abang dan kakakΒ  korang pun boleh berehat sebentar sebab selama ini kerja sahaja kan?

BELAJAR

Sumber gambar: weheartit

Selain itu, kita juga boleh belajar banyak benda dan perkara baru. Contohnya, selama ini kita kurang untuk ambil tahu tentang kesihatan dan kebersihan tetapi disebabkan Covid 19 korang dah belajar banyak tips dari dari Youtube dan mana-mana online medium. Kalau sebelum ini korang tak ada skills langsung, mungkin selepas ini korang tahu memasak, menjahit, buat lagu dan banyak lagi.

MUHASABAH

Sumber gambar: pinterest

Kita juga boleh muhasabah diri pada masa sekarang dengan mencari nilai diri kita dan boleh kenal pasti keinginan sebenar kita dalam kehidupan. Selain itu, kita juga boleh mengatur semula kehidupan kita supaya jadi lebih baik dan semak semula apa keutamaan kita dalam hidup, setuju tak?

HIKMAH

Sumber gambar: pinterest

Bukan setakat itu sahaja, ini juga hikmah untuk diri kita semua supaya boleh mengisi masa dengan perkara yang kita banyak tertinggal. Kita juga boleh belajar untuk fokus dengan gaya hidup baru yang lebih sihat dan mampu berikan manfaat untuk kita dalam jangka masa yang panjang contohnya dari segi pemakanan yang lebih baik, jadual rutin harian yang lebih baik dan lain-lain.

Selepas ini, kita tak perlu terlalu mengeluh dengan ujian yang sedikit ini okay. Anggap sahaja semua yang berlaku mempunyai hikmah yang paling best selepas semuanya reda. Mana tahu, ada surprise yang kita tak jangka bila Covid 19 sudah beransur pulih kan? Lagi pun, kalau kita selalu positif, mungkin bukan setakat fizikal kita yang sihat tetapi mental kita pun akan semakin sihat dan banyak lagi benda yang baik akan jadi kalau kita sentiasa positif.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Antara Tanda-Tanda Badan Korang Mungkin Beracun

Cara Buat Kopi TikTok Viral