in ,

Kenapa Cik B ‘Sekolahkan’ Diva AA??

Sumber gambar: Instagram CikB / nst.com.my

See my level, see my level. Kau hado beg LV, purse LV, cover iPad pun LV! Kau tak ada, duduk diam see my level!

Haa, korang pernah dengar tak tagline siapa? Takkan tak kenal kot? Itukan tagline selebriti pertama Malaysia iaitu Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA? Korang tahu tak baru-baru ini Diva AA ada isu dengan jutawan kosmetik terkenal, Dato Seri Vida. Kalau tak tahu, boleh rujuk Instagram DSV atau scroll je dekat Twitter, confirm berlambak story tentang mereka berdua ini.

Image result for azwan ali
Sumber gambar: NST

Ada satu rakaman video yang dikongsikan sendiri oleh Azwan Ali dekat lama Twitter dia yang dikatakan telah memerli DSV serta dua arwah anak lelakinya yang telah meninggal dunia dalam kejadian kebakaran sekitar tujuh tahun yang lepas. Apa yang lebih mengejutkan ialah Azwan Ali telah menghina arwah anak DSV dan mengeluarkan ayat ‘rentung’ yang menggambarkan keadaan ketikan kedua-dua anaknya meninggal dunia. Marah dekat si emak, tak perlu kaitkan dengan anak, lagi pula mereka sudah meninggal. Bukan itu je, Azwan Ali turut menyentuh soal perkahwinan DSV yang sebelum ini

Akibat video tersebut, ramai netizen terkejut dengan kenyataan yang diberikan. At the same time, Azwan Ali memberi tahu bahawa dia tidak dibayar langsung ketika menjadi pengacara sewaktu pesta Cik B Food Fiesta dekat Angsana, Johor Bharu. Lebih mengejutkan apabila Azwan Ali dikatakan telah membakar perfume yang dijual oleh DSV! Amboi bukan main Diva AA sampai nak dibakar semua benda. Kita bakor, kita bakor! Tapi dengarnya ada isu salah faham dekat situ, entah la tak berani juga nak komen.

Of course DSV sendiri rasa kecewa dengan apa yang terjadi. Orang bersusah payah keluarkan duit berjuta untuk hasilkan business, orang lain sesuka hati sahaja menjatuhkan begitu sahaja. At the same time DSV turut berapa sedih apabila kejadian itu dikaitkan dengan anak-anaknya yang telah meninggal dunia. Kesian anak DSV, tak ada salah pun turut terkait dengan kontroversi merepek macam ni.

Bila perkara dah jadi macam ni, takkan Cik B nak berdiam diri kan? Mesti la dia sebagai anak akan pertahankan maruah ibu dan adik-beradiknya. Latest update, Cik B yang terkenal dengan lawak selamba dia telah membuat satu perkara yang tak disangka-sangka sehingga membuatkan netizen rasa terhibur. Bagus Cik B ni pertahankan ibunya!

Cik B telah upload satu video menarinya di apps TikTok dan apa yang lebih menarik ialah lagu yang dia gunakan merupakan ‘jampi serapah’ yang diberikan oleh Azwan Ali kepada ibunya. Kira macam makian tu dijadikan sebagai background muzik untuk dia menari di hadapan kamera. Kreatif juga ya Cik B ni.

Cik B sempat menyelitkan satu sindiran berbaur pesanan kepada Azwan Ali yang mana dia menganggap bahawa bekas pengacara itu mempunyai penyakit mental yang dikenali sebagai ‘narcisstic disorder’. Betul ke Azwan Ali sebenarnya perlukan rawatan since dia tak habis-habis ada sahaja benda nak dijadikan bahan? Sekali lagi, entah la tak berani nak komen.

Tapi bagi Ainaa perkongsian Cik B itu bukan la untuk mengajak netizen untuk mengecam kembali Azwan Ali, mungkin ia sekadar pesanan sahaja. Walaupun hakikatnya pesanan itu sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Actually Ainaa pun tak berani nak cakap banyak sebab takut juga kalau Diva AA cari Ainaa dekat ofis, tercyduk sis kalau macam tu! Apa pun kita doakan la yang baik-baik supaya isu ini tak berpanjangan. Maybe Azwan Ali boleh minta maaf kepada DSV memandangkan sebelum ini mereka pernah menjadi kawan.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments