in , ,

Kenapa Ada Parasosial Relationship Dengan Favourite Artis?

Sumber gambar: http://unicornsondrums.com
Sumber gambar:

#Lunagirls pernah dengar tentang parasocial relationship interaction dengan selebriti? Apakah itu? Okay meh sini Zoe terangkan secara ringkas!

Ia merupakan satu hubungan yang syok sendiri dan membosankan yang mana cuma satu pihak sahaja yang terlalu menyumbangkan tenaga, masa, emosi dan segalanya kepada sebelah pihak yang lagi satu. Walhal, pihak yang lagi satu ini tak sedar pun kewujudan korang. Kebiasaannya perkara ini akan terjadi antara seseorang individu dengan pihak seperti selebriti.

via GIPHY

Kiranya hubungan sebegini merupakan satu perkara yang sia-sia dan hanya membuang masa. Antara contoh yang Zoe boleh beri adalah macam sasaeng, sebab sasaeng sanggup buat everything untuk sentiasa berada dekat dengan idola mereka. Sanggaup habiskan masa, tenaga, duit dan segalanyalah! Korang ada perasan situasi berlaku disekeliling tak?

via GIPHY

Antara faktor yang menyebabkan hubungan interaksi parasosial adalah kerana penggunaan media yang terlalu lama. Dan contoh penggunaan media pula termasuklah spend masa terlalu lama tengok TV, radio, YouTube, media sosial dan lain-lain. Selain itu, ia bukan sahaja beri kesan setakat korang suka dan obses pada mereka tapi korang juga akan cuba untuk jadi persis diri idola korang. Contohnya kalau Lisa BLACPINK ada habit suka makan sambil kenyit-kenyit mata, awak akan practice habit tu selalu so that kononnya boleh jadi seperti habit semula jadi korang jugalah. Pegh!

via GIPHY

Kemudian, apa yang paling worst dalam parasocial interaction ini adalah bila seseorang itu cuba mendapatkan perhatian pihak lagi satu itu untuk berinteraksi dengan mereka dan kalau mereka tak layan korang akan ugut dan ancam nyawa korang sendiri atau mereka. Takutnya!

Sumber gambar:

Basically, benda ini merupakan satu simptom kesunyian/loneliness yang melampau yang menyebabkan seseorang spend masa dengan penggunaan media yang terlalu lama. Ha, sebab itulah kita kena rajinkan sikit bergaul dengan orang sekeliling. Kalau nampak kawan-kawan yang sunyi, cuba ajak mereka berkawan dan lepak sekali sebab benda ini memang tak baik tau untuk kesihatan mental. Jaga diri okay, jangan main gajet banyak sangat ya!

Sumber gambar:

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

BLACKPINK X Ariana Grande Bakal Berlaku? Oh Yeah Oh Yeah!

Kenapa Kawan Lelaki Selalu Cari Gaduh?