in ,

Kenali Game Roblox, Game Yang Semakin Digilai Anak Muda

Sumber gambar: lunaria.com.my

Sekarang ini, memang rata-rata orang suka main banyak permainan secara online.. Korang pernah atau tidak dengar tentang aplikasi game Roblox? Untuk yang dah tahu, mesti korang syok sangat main Roblox kan? Untuk yang tak tahu, biar kami kongsi dengan korang tentang game Roblox yang semakin digilai anak muda kini.

Sumber gambar: techcrunch

Roblox adalah Massively Multiplayer Online Game (MMOG) salah satu platform sosial yang diterbitkan oleh co-founder David Baszucki dan Erik Cassel pada tahun 2004 atas nama DynaBlock dan ditukar kepada Roblox hasil gabungan ‘robot’ dan ‘block’ sebab katanya ia lebih mudah diingat. Sehingga kini, sudah lebih kurang 90 juta pengguna yang main permainan Roblox di komputer, tablet dan telefon pintar.

Sumber gambar: roblox uptown

Game ini adalah game online percuma yang memberi peluang kepada penggunanya untuk mencipta design permainan mereka sendiri dan mereka mampu bermain dengan rekaan game mereka sendiri bersama pemain lain dalam satu kelompok. Untuk visual avatar dalam Roblox pula adalah sama dengan permainan Lego.

Sumber gambar: amino apps

Selain dari itu, pemain juga dapat membeli item lain dalam Roblox seperti baju, seluar, aksesori dan lain lain dengan mata wang virtual Robux atau Tickets dan mengubah penampilan karakter sesuai mengikut kehendak pemain. Selain itu, Roblox juga telah berhasil menjangkau lebih banyak gamer dengan aplikasi Chromebook sekaligus menjadikan Roblox sebagai platform online game buatan pengguna terbesar dan gamesite nombor satu untuk kalangan kanak-kanak dan remaja.

Seterusnya, bukan setakat itu sahaja game Roblox ini pun boleh dikatakan memang mesra pengguna sebab ia ada banyak bahasa dan ia juga dijalankan melalui Chromebook secara 2D dan 3D yang memang lancar dan memberikan pengalaman bermain yang unik untuk para penggunanya. Kemampuannya untuk bertukar antar-mode juga menjadikan ia mudah digunakan di pelbagai lokasi dan situasi, serta mudah disesuaikan berdasarkan preferensi kontrol dan input pemain.

Populariti game Roblox ini juga semakin meningkat kerana promosi dari mulut ke mulut antara pengguna. Selain itu, ramai juga menonton game Roblox ini di YouTube sebelum bermain dengannya. Secara keseluruhan, sebahagian besar game Roblox ini memang nampak seperti amatur sebab warna yang pudar dan visual yang kurang menarik dimata orang dan apa yang penting Roblox dibangun oleh komuniti yang besar. Ia juga memang sengaja dilakukan dan kekal seperti itu supaya pengguna mudah untuk bermain game Roblox ini walaupun baru pertama kali. Jadi, apa lagi? Korang cubalah main game Roblox ini juga! Hehe! 

Sumber gambar: roblox

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tips Sambut Birthday Orang Tersayang Dengan Bajet Kecil!

Kawan Lelaki Atau Kawan Perempuan Lagi Best?