in ,

Kenali Diri Mengikut Favorite Perisa Aiskrim!

Sumber Gambar: https://www.thedenizen.co.nz

Happy afternoon girls! Fuhh.. tengah-tengah hari ni kalau dapat makan aiskrim lega tekak ni! Hehe! Alaa.. tak kira cuasa panas ke sejuk, dapat makan aiskrim favorite memang syok! Tapi tahu tak #Lunagirls.. sebenarnya kita boleh kenali personaliti diri korang melalui perisa aiskrim kegemaran tau! Nak tahu macam mana? Meh LUNARIA bagitahu…

VANILLA

via GIPHY

Untuk #Lunagirls yang meminati aiskrim vanila ni seorang yang periang, sukakan warna-warni dan berani mengambil risiko! Haa walaupun aiskrim vanila berwarna cream, siapa sangka penggemarnya seorang yang colorful!

STRAWBERI

via GIPHY

Penggemar aiskrim perisa strawberi adalah seorang yang sangat bertolak-ansur, setia dan pendiam tau! Ada tak kawan-kawan #Lunagirls yang suka aiskrim strawberi ni? Sama tak personaliti tadi? Lepas ni kalau nak cari pasangan yang setia, cari yang suka perisa strawberi! Hihi!

COKLAT

via GIPHY

Penggemar aiskrim coklat paling ramai! Kalau korang nak tahu, mereka yang suka aiskrim coklat ni seorang yang penggoda, menawan dan bertenaga! Mesti ramai yang suka berkawan dengan mereka ni! #Lunagirls suka tak aiskrim perisa coklat?

CIP COKLAT

via GIPHY

Perisa aiskrim coklat cip klasik sangat sedap! Kalau #Lunagirls salah seorang peminat aiskrim ni.. korang seorang yang sangat pemurah, cekap dan sentiasa mahu berjaya! Wah! Sangat positif!

KOPI

via GIPHY

Calling for coffee lover!! Hehe! Katanya peminat aiskrim perisa kopi lebih bersemangat, ceria dan lebih menghargai masa! Patutlah orang minum kopi to stay awake.. #Lunagirls seorang coffee lover tak?

Apa macam #Lunagirls? Ada tak personaliti yang sama mengikut perisa aiskrim favorite korang? Tak kisah lah perisa apa pun..  yang penting enjoy every scoop of ice cream okay! Hehe! Till next time! 

What do you think?

7 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Gaya Rambut Mengikut Bentuk Muka!

Tips Terbaik Tambah Follower Instagram!