in ,

Kena Tinggal Dekat Rumah? Jangan Buat Macam Ni Please…

Sumber gambar: https://www.nytimes.com/2012/11/01/garden/teenage-bedroom-as-battleground.html

Minggu ni parents tak ada dekat rumah, adik-beradik yang lain pula ada hal sendiri. Alamak! Takkan malam ni kena duduk rumah sorang-sorang pula?

Ya, nampaknya begitu la girls. Korang kena duduk rumah sorang-sorang malam ni. It’s okay, jangan takut la sebab tak ada apa yang perlu ditakutkan pun. Cuma, korang kena elakkan buat benda ni je…

TINGGALKAN PINGGAN MANGKUK KOTOR

Image result for sinki kotor dengan pinggan
Sumber gambar: https://mediamaklumat.com/mengapa-wajib-basuh-pinggan-sebelum-tidur/

Parents pergi bercuti seminggu? Maksudnya korang la yang kena masak sendiri kan. Apa yang korang kena buat ialah every time habis masak tu, kemas semula semua barang-barang. Jangan tinggalkan langsung pinggan mangkuk yang kotor tu. Nanti takut tikus atau lalat datang dan rumah berbau busuk!

TAK KEMAS BILIK

via GIPHY

Mentang-mentang parents korang tak ada dekat rumah, takkan terus rasa malas nak kemas bilik? Bangun tidur make sure terus kemas katil tu, tak senonoh la anak dara buat macam tu. Pastikan bilik korang sentiasa bersih, jangan tinggalkan baju kotor dekat lantai tu. No no no!

MAKAN DALAM POLYSTREEN

Image result for makanan dalam bungkus
Sumber gambar: http://m.batamtoday.com/berita86346-Amankah-Makanan-Dibungkus-Pakai-Styrofoam.html

Kadang-kadang korang mesti malas nak masak kan? Apa lagi, pergi la beli makanan dekat kedai. Balik rumah boleh makan sambil tengok movie. Hmm, tapi jangan la terus makan straight dalam bekas makanan yang korang beli tu. Tak elok untuk kesihatan dan nampak sangat pemalas. Pindahkan je makanan tu dalam bekas lain, kan lagi senang nak makan.

TERPERUK DALAM BILIK

via GIPHY

Malas nak keluar rumah sampai semua benda korang buat dalam bilik tu Jangan la bosan sangat sampai taknak keluar dari bilik. Jangan terperuk sepanjang hari okay girls. Keluar la dapatkan udara yang segar. Waktu ni la korang kena expose dengan dunia luar!

Ingat, duduk sorang-sorang dekat rumah bukan bermaksud korang kena jadi pemalas. Waktu ni la korang boleh kemas rumah atau bilik. Baru la parents korang tak risau sangat bila tinggalkan korang dekat rumah.

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Lambat Makan Punca Berat Badan Naik!😱

5 Jenis Kawan Dalam Group Kerja Sekolah!