in ,

‘Kembar’ Jimin BTS Versi Mat Salleh Jadi Penyanyi!

Sumber gambar: https://twitter.com/bts_twt/status/1030415170818912258

Uishh, untungnya rezeki muka macam Jimin BTS terus dapat jadi penyanyi pula! Nak juga muka macam Mira Filzah, boleh jadi pelakon, eh? Hehe!

Dekat luar negara, ada sorang lelaki bernama Oli London yang dikatakan memiliki wajah seakan-akan Jimin BTS dah digelar penyanyi lepas lagu dia berjaya menduduki tangga teratas dekat iTunes. Pelik tapi unik! Sebenarnya Oli jadikan kumpulan K-Idol BTS sebagai idola dan inspirasi dalam diri.

Image result for oli london
Sumber gambar

Bila kita buat benda yang unik, mesti la ramai yang minat. Nama Oli London agak terkenal dekat sana lagi-lagi lepas dia hasilkan muzik video Pop Korea yang berjudul Perfection dan juga Butterfly ft. Stem. Dalam muzik video tu, Oli nyanyikan dalam bahasa Korea dan juga Bahasa Inggeris. Wowww, not normal normal ya mat salleh boleh cakap Korea.

Actually lagu Butterfly tu menceritakan tentang ‘transformasi’ ulat bulu yang bertukar jadi rama-rama yang cantik. Kira macam ‘dari ulat jadi kempompong’ la gitu. Diibaratkan metafora rama-rama tu ialah diri dia yang dulu biasa-biasa, sekarang jadi luar biasa dan seakan-akan Jimin BTS! At the same time lagu Butterfly tu diinspirasikan daripada single BTS yang juga berjudul Butterfly. Katanya sebab lagu tu ada alunan melodi seakan-akan dalam Kdrama. Maybe ada unsur cinta cinta? Jap Ainaa nak try dengar lagu ni, hehe!

Image result for oli london
Sumber gambar

Sekarang ni lagu Butterfly tu berada di tangga ke-8 dalam carta iTunes. Lagu tersebut memperlihatkan Oli berkolaborasi dengan rapper Korea which is Sten. Bagi lagu Perfection pula berada dekat tangga ke -31 tapi dapat sebanyak 45,000 dislikes dekat Youtube! Alahai, jauh betul bezanya ya kedua-dua video ni.

So sekarang ni Oli kira macam ‘makhluk’ unik sebagai seorang penyanyi K-Pop barat yang berjaya pecahkan rekod penyayi K-Pop barat lain macam EXP Edition yang juga berasal dari negara barat. Bukan tu je, dia juga dikategorikan sebagai artis Kpop lelaki pertama dari Eropah yang decide untuk jadi macam bintang K-pop sebab minat yang tersangat!

Agak-agak kalau dekat Malaysia ada orang buat muka sebijik macam Jimin, ARMY approve tak? Atau kena kecam je nanti? Hehe!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kang Daniel “Color On Me” In Kuala Lumpur

Penangan Stray Kidz, Ramai Malaysian Tak ‘Haus’ Lagi