in ,

Kelemumur Teruk? Ini Cara Mudah Untuk Kurangkan Masalah Korang

Sumber gambar: www.dusolbeautysg.com

Rambut adalah salah satu peranan yang penting dalam penjagaan penampilan diri. Kadang-kadang, ada di antara kita yang gemar memandang rendah terhadap kebersihan rambut dan kadang-kadang demi nak jaga sangat rambut. Ada di antara kita yang syampu pun sekali seminggu. Ish-ish… lebih lagi korang yang rambut pendek. Untuk pengetahuan korang, rambut pun memerlukan penjagaan yang baik dari akar umbi dan juga sekitar kulit kepala. Jadi bagi mengelakkan rambut korang tidak sihat dan ada masalah kelemumur yang teruk sampai dah boleh jadi salji, mungkin cara yang akan kami kongsi ini mampu bantu korang untuk menanganinya.

ALOE VERA

Sumber gambar: favim

Aloe vera memang terkenal dengan khasiatnya sendiri dan mempunyai kadungan anti radang yang mampu kurangkan masalah radang dan kegatalan. Aloe vera juga mempunyai bahan anti kulat yang mampu kurangkan kelemumur. Jadi memang senang sangat kalau korang guna aloe vera, hanya sapu aloe vera di kawasan kulit kepala korang. Biarkan selama lebih kurang 30 minit dan pastikan korang cuci dan bilas dengan bersih. 

GARAM BUKIT

Sumber gambar: pinterest

Ada juga yang pernah memberi petua, jika korang nak rambut yang kuat, dan buatkan kulit kepala lebih dari ringan. Sebelum bersyampu itu, korang kena urut kepala dengan menggunakan garam bukit. Korang urut kulit kepala dengan perlahan dalam tiga ke lima minit dan lakukan ini sebanyak dua ke tiga kali seminggu pun sudah memadai. Hasilnya, mungkin kepala korang selepas ini tidak gatal lagi.

LEMON/ LIMAU NIPIS

Sumber gambar: athre facial plastics

Selain itu, lemon atau limau nipis juga adalah di antara salah satu petua yang orang kerap gunakan. Cara nak gunakan lemon atau limau nipis bagi mengurangkan masalah kelemumur korang memang sangat mudah. Selepas korang basahkan rambut korang dan gunakan syampu dengan sikit sahaja. Pastikan korang ramas lemon atau limau nipis secara perlahan juga selama 10 ke 15 minit dan cuci dengan bersih. 

BAKING SODA

Sumber gambar: lewigs

Baking Soda juga dikenali sebagai pembasmi kuman semulajadi dan ia mampu membantu untuk melawan bakteria dan kulat yang menyebabkan jangkitan. Selain itu, ia juga boleh membersihkan sebum dan minyak berlebihan yang mengakibatkan kelemumur. Cara korang nak guna baking soda untuk kurangkan kelemumur memang lebih mudah, korang perlu urut kepala yang basah dengan sesudu kecil baking soda dan bilas dengan bersih.

DAUN INAI

Sumber gambar: step to health

Biasanya kita dengar orang gunakan daun inai untuk mewarnakan rambut yang putih sebab uban. Sebenarnya, daun inai juga boleh digunakan untuk menghilangkan kelemumur. Caranya, tumbuk daun inai sehingga lumat. Sapukan ke kulit kepala dan balut selama 30 minit. Basuh sehingga bersih.

Selain itu, jika keadaan kelemumur korang itu terlalu kronik dan tidak dirawat dari awal. Jaga-jaga! Risau nanti bila semakin teruk, akhirnya ia akan membawa kepada masalah keguguran rambut dan jangan sampai rambut korang botak ya. Memang seram! Why not korang mula menjaga kebersihan dan sentiasa pelihara rambut korang supaya ia kekal sihat dan cantik sebab lebih baik korang jaga lebih awal daripada merawat, betul tak? 

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Air ‘Rahsia’ Yang Bakal Bantu Panjangkan Rambut

Seniwati Malaysia Yang Pernah Viral Suatu Ketika Dahulu