in ,

Kelebihan Tidur Lewat, Aneh Tapi Mungkin Benar?

Sumber gambar: www.dramabeans.com

Selalunya, mesti kita selalu dengar banyak sangat kebaikan tidur awal dan terlepas pandang dengan beberapa manfaat tidur lambat sebab selalunya orang berpendapat tidur lambat ini boleh mengundang banyak masalah kesihatan. Kali ini, jom kita tengok apa sahaja kebaikan yang korang boleh dapat sebab tidur lambat.

LEBIH PANDAI

Sumber gambar: pop sugar

Kalau korang nak tahu, kebanyakan orang yang suka tidur lewat malam ini memang sangat bijaksana. Ini sebab ramai di antara mereka suka meluangkan masa dengan belajar, membaca, menulis dan banyak lagi hal. Kalau perasan juga, ramai orang yang cerdas ini memang pandai dalam bidang akademik.

TAMBAH KEKUATAN

Sumber gambar: we heart it

Untuk pengetahuan korang, lain orang lain caranya. Ada orang, mereka boleh bekerja dengan lebih konsisten di hari siang tetapi bagi orang yang tidur lewat, mereka lebih ekstra konsisten dan fokus dalam melakukan sesuatu tugas dengan baik pada waktu malam sebab tenaga waktu malam itu lebih kuat.

LEBIH KREATIF

Sumber gambar: favim

Bukan setakat itu sahaja, orang yang tidur lewat ini juga mampu menjadi seseorang yang lebih kreatif dalam banyak perkara. Ini disebabkan pada waktu malam juga, lebih banyak idea kreatif terbaik yang cenderung terinspirasi oleh orang kreatif berbanding waktu siang.Β 

SEORANG YANG LEBIH WASPADA

Sumber gambar: wallpaper access

Dalam salah satu kajian yang dijalankan dalam jurnal sains. Mereka mendapati bahawa orang yang kerap tidur lewat lebih tinggi tahap kewaspadaan mereka kepada keadaan sekeliling berbanding dengan mereka yang suka tidur awal pada waktu malam.Β 

BADAN LEBIH SEGAR WAKTU PAGI

Sumber gambar: aleeby

Selain itu, kalau korang nak tahu. Orang yang suka tidur lewat malam ini juga, badannya lebih segar waktu pagi ia disebabkan badan mereka dikatakan mempunyai tahap stress yang rendah menurut salah satu kajian di University of Westminster.

Boleh lah lepas ini korang sekali sekala tidur lewat tapi jangan terlalu lewat sangat sebab nanti kalau terlalu kerap ia akan jadi satu kebiasaan yang kurang baik pula untuk kesihatan badan korang. Pastikan juga waktu tidur korang masih cukup walaupun korang tidur lewat sebab kalau tak cukup tidur nanti, korang pula yang jatuh sakit.

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Bintang TikTok Mesir Berhadapan Hukuman Mati

Lagu Akan Buat Perut Korang Ada ‘Butterfly’