in ,

Kelebihan Pengguna iPhone Mungkin Ramai Tak Tahu

Sumber gambar: www.cnet.com

Siapa iPhone user di sini? Tapi betul ke korang iPhone user legit? Kalau korang pengguna yang sejati mungkin dah tahu selok belok dan tricks penggunaan iPhone. iPhone bakal lancarkan iPhone 12 dengan harga mampu milik.. mungkin akan lebih ramai iPhone user selepas ini. Ramai menjangkakan iPhone kali ini lebih cantik features dia! Maybe korang boleh minta dengan parents sebagai hadiah result exam cemerlang untuk tahun ini? Sebelum itu, hari ini LUNARIA nak share 5 perkara yang mungkin korang tak tahu tentang iPhone!

BATERI CEPAT PENUH

via GIPHY

Trick yang paling best untuk korang yang nak cepat! Kalau nak bateri korang naik dengan laju bila caj, apa kata korang letak phone dalam airplane mode! Sebab semasa dalam mode ini, iPhone kita tidak akan diganggu oleh mana-mana panggilan atau text.. Dan bateri phone kita akan kurang ‘bekerja’! Ramai yang suka main phone sambil caj, ia bukan sahaja akan bahayakan diri korang malah bateri akan mudah rosak. Jaga-jaga guys!

SET TIMING TIDUR

via GIPHY

Fungsi yang istimewa ini membolehkan korang mendengar lagu-lagu kegemaran sebelum tidur! Dan sekiranya korang tertidur, lagu itu akan berhenti pada waktu yang korang set! Kita dapat jimat bateri dan dapat tidur yang cukup.. Tapi jangan pula korang layan phone sampai lupa nak tidur sebab bukan sahaja kita perlu rehat, phone pun perlu rehat.

BERSIHKAN RAM

via GIPHY

Jarangkan dengar iPhone bersihkan RAM selalu Android sahaja. Untuk pengetahuan korang, iPhone juga boleh. Caranya dengan menekan home button dan butang power serentak, kemudian lepaskan dan dalam beberapa saat screen phone akan berkelip.. dan aplikasi korang akan tertutup sendiri! Jangan risau sebab aplikasi anda dalam keadaan yang selamat.

AMARAN: Jangan lakukan ia terlalu kerap ya, sekurangnya boleh lakukan sebulan dua kali.

BYE BYE ADS!

via GIPHY

Ads ads ads! Dimana-mana akan ada ads.. Kalau korang selalu main game online mesti akan ada pop up iklan-iklan akan keluar betul tak? Perkara ini sering terjadi jika aplikasi yang kita gunakan tersebut download secara percuma. Korang nak tahu cara untuk tidak dihantui oleh iklan-iklan tersebut? Korang hanya perlu letakkan phone korang di mode airplane! Simple! No more ads after this!

S.O.S! TOLONGGGG!

via GIPHY

Kalau terlibat dalam sesuatu kemalangan, orang yang jumpa phone takkan dapat buka phone kita sebab ada password. Tapi untuk iPhone user korang jangan risau sebab lock screen akan menunjukkan medical ID contact.. Tapi sebelum itu, korang kena save awal-awal emergency contact list seperti nombor parents, adik-beradik, kawan rapat atau nombor yang mudah untuk dihubungi.

Untuk geng yang baru tahu features iPhone dalam senarai tadi, korang boleh explore it! Selamat mencuba guys.. Kalau korang tahu any tricks or hacks yang menarik untuk iPhone, jangan lupa share dengan LUNARIA. Benda baik kita kena share geng!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Penggemar Roti Boy Boleh Beli DIY Home-Bakers Kit!

Salah Ikat Rambut Punca Gugur Dan Rosak?