in ,

Kelebihan Kerja Part Time Jaga Zoo!

Sumber gambar: mvm.org.my

Pernah tak korang berangan untuk berani pegang haiwan-haiwan liar, bermain dengan mereka, jinak kan mereka dan berkawan dengan mereka? Ya, untuk korang yang pecinta haiwan mesti sangat suka untuk mencuba semua hal ini sebab ia adalah satu pengalaman yang mesti korang tak akan lupakan sebab tidak semua orang yang berani, betul tak? Antara salah satu cara untuk korang bermain dengan banyak haiwan adalah dengan jadi penjaga zoo! Ya! Penjaga zoo! Why not korang yang tengah bosan-bosan cuti itu pergi cuba mohon kerja sebagai penjaga zoo. Iyalah, sambil tunggu keputusan SPM itu kan agak lama, bulan Mac baru dapat keputusan. Jadi jom kami kongsi dengan korang apa yang bestnya kerja part time jaga zoo ini. 

LATIH HAIWAN

Sumber gambar: perthzoo

Korang dapat belajar untuk melatih haiwan. Tapi jangan anggap haiwan itu seperti sarkas ya! Memang it’s a no no no! Korang dapat latih haiwan untuk bermain, latih mereka untuk bergaul dengan pelawat yang datang ke zoo dan macam-macam lagi yang korang boleh lakukan semasa melatih haiwan. 

BAGI MAKAN

Sumber gambar: BU

Kalau kita datang ke zoo, biasanya kalau nak bagi makan pada haiwan kita kena bayar. Tetapi kalau korang kerja sebagai penjaga zoo, korang boleh bagi haiwan makan free-free sahaja. Bukan setakat haiwan yang memang jinak sahaja, haiwan liar seperti harimau, ular, gajah, dan lain-lain pun korang boleh beri makan tapi jangan datang dekat-dekat sangat kalau tak profesional lagi. Silap-silap mereka confused korang ini makanan dia ke bukan. Hehe

MANDIKAN HAIWAN

Sumber gambar: tripadvisor

Selain dari itu, korang boleh mandikan haiwan itu juga tau! Mandi kan haiwan adalah benda paling seronok sebab ada beberapa haiwan yang nampak ceria dan comel sahaja waktu dia tengah mandi seperti gajah, zirafah dan panda. Memang best bukan? Sebab mereka gebu dan kalau senyum nampak gigi.

KAWAN KEPADA HAIWAN

Sumber gambar: flickr

Haiwan adalah kawan yang paling baik dan sangat memahami perasaan manusia. Kalau korang sedih, mereka sedih dan kalau korang ceria, mereka pun ceria. Selain itu, haiwan suka sangat bermain tau! Kalau korang suka bermain dengan mereka, memang mereka pun akan sayang korang dan anggap korang BFF dia. Nampak tak, memang seronok untuk jadi penjaga zoo ini.

PENGETAHUAN HAIWAN

Sumber gambar: career

Ini antara yang paling best korang akan dapat kalau jadi penjaga zoo. Ini sebab korang akan dapat banyak sangat ilmu pengetahuan tentang haiwan. Dari segi jenis haiwan, asalnya dari mana, dia spesies apa dan lain-lain. Korang pun akan tahu, bila waktu makan sesuai mereka, bila mereka boleh tidur dan lain-lain.

Memang best kan jadi pekerja part time jaga zoo ini sebenarnya! Korang boleh buat macam-macam dan jadi best friend kepada haiwan-haiwan di zoo itu. Selain itu, korang pun dapat belajar banyak tentang haiwan. Mana tahu nanti bila dah cuba kerja part time jaga zoo, selepas ini korang dapat tahu bila haiwan itu lapar, nak tidur, haiwan itu sakit dan lain-lain. Silap-silap bercakap dengan haiwan pun korang tahu, ha! Best bukan! 

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Trick Beli Tiket Wayang Bawah RM10

Kang Daniel Depress, Umum Undur Diri Seketika