in ,

Kelebihan Guna Ewallet Atau Pembayaran Online

Sumber gambar: amanz.com

Alamak, tak ada cashΒ pula! Tapi saya ada apps online banking dengan e-wallet. Boleh bayar pakai tu tak bang?

Bonus point kepada sesiapa yang mempunyai akaun e-wallet atau apa-apa sahaja perbankan online di dalam handphone mereka. Lebih bagus kalau semua itu merupakan akaun milik korang sendiri. Kalau tak, pinjam la akaun parents korang, hehe!

 

List of Most Popular eWallet in Malaysia | Malaysia Website Directory
Sumber gambar: Site

Macam yang korang tahu sekarang ni kita kena sentiasa menjaga kebersihan diri, lebih-lebih lagi bila berada di luar kawasan rumah. Bila ke shopping mall tu, banyak benda yang korang kena ambil berat selain penjarakan sosial. Contohnya bila nak bayar apa-apa, korang mesti akan terdedah dengan kuman yang berada di persekitaran serta di atas permukaan duit itu sendiri. Sebab itu la sekarang ni kita ada pilihan lain untuk membuat pembayaran.

Korang pernah dengar tentang e-wallet atau apa-apa sahaja apps yang berkaitan dengan online banking ni? Sebenarnya kalau ada apps dan akaun tu, lagi mudah bila nak buat pembayaran sebab korang tak perlu sentuh duit dan tak perlu keluarkan duit. Cukup hanya dengan scan bar code yang diberikan. Jom tengok apa kelebihan dengan menggunakan kemudahan seperti itu.

PANTAS, TAK PERLU TUNGGU BAKI

via GIPHY

Biasa kalau nak bayar apa-apa mesti korang tak bagi duit cukup-cukup kan? Boleh jadi harga barang yang dibeli hanya la RM15 dan korang bagi duit RM50, so kena la tunggu baki yang mana mungkin memakan masa yang agak lama untuk menunggu. Bila pakai ewallet atau pembayaran online, korang dah tak perlu nak tunggu duit baki. Hanya masukkan amount yang diperlukan dan terus scan bar code atau masukkan ke nombor akaun yang telah diberikan. Mudah kan?

HYGIENE

via GIPHY

Macam yang Ainaa cakap tadi, kita tak tahu bahawa ada banyak kuman di persekitaran kita. Dekat atas duit kertas tu sebenarnya ada banyak kuman tau. Just imagine duit yang baru korang terima dari kaunter tu, dah berapa ramai yang pegang sejak duit tersebut dicetak? Mana ada orang sanitize duit kan? So kuman memang banyak dekat situ tanpa korang nampak. Baik pakai online transfer je, just pegang phone, taip taip dah settle!

SIAP DAPAT RM50 FREE LAGI!

eTunai Rakyat: Cara Tebus RM50 Dana Tambahan BSH 2020
Sumber gambar: Semakanonline

Akibat pandemik Covid-19 ni, Perdana Menteri kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memperkenalkan satu program Pelan Jana Semula Ekonomi negara (PENJANA) yang mana pihak kerajaan akan memberikan kredit sebanyak RM50 ke dalam akaun e-dompet kepada sesiapa yang mempunyai akaun e-wallet. Wang tersebut akan masuk ke dalam akaun kita bermula pada bulan Julai 2020. So untuk sesiapa yang masih belum ada akaun e-wallet, korang kena register sekarang okay. At least korang tak perlu nak topup sebab dah dapat free duit, hehe!

MUDAH, HUJUNG JARI

NPRA
Sumber gambar: NPRA

Disebabkan teknologi di hujung jari, sudah semestinya kita boleh buat semua benda dengan mudah dan cepat kan? Kenapa nak susahkan diri pergi ATM machine untuk keluarkan duit sedangkan boleh gunakan teknologi sedia ada? Mungkin tak semua pelajar sekolah mempunyai kad bank sendiri. Tapi korang boleh bagitahu dekat parents atau adik-beradik yang lain tentang kemudahan ni. Sekurang-kurangnya mereka tahu la tentang perkara ini kan? Mana tahu nanti korang dapat ‘upah’ sebab memudahkan kerja mereka?

Bagi pendapat Ainaa perkhidmatan e-wallet, QRPAY atau segala online banking ni sememangnya memudahkan kita lebih-lebih lagi kepada sesiapa yang mengamalkan cara hidup cashless. Tapi agak bahaya juga la sebab takut asyik beli barang je kerjanya, hehe!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Posisi Yoga Untuk Legakan Senggugut!

Item Dekorasi Viral TikToK Korang Perlu Ada