in ,

Kelebihan Geng Bas Sekolah Yang Mungkin Korang Terlepas!

Korang pergi sekolah naik kereta ke motor atau jalan kaki? Macam Zoe dulu waktu sekolah, Zoe naik bas sekolah. Kiranya Zoe macam geng bas sekolah, hehe! #Lunagirls nak tahu tak, siapa yang jadi geng bas sekolah sebenarnya korang ada banyak kawan dan banyak sangat benda yang jadi dalam bas itu boleh dijadikan kenangan dan memori yang best waktu dah besar nanti. Okay meh sini, Zoe kongsi beberapa benda seronok geng bas sekolah selalu buat!

TUNGGU KAWAN

Sumber gambar:

Biasanya dalam bas sekolah, kita selalu ingat muka kawan-kawan dalam bas itu walaupun ada yang kita tak kenal sangat sebab mungkin dia cuma senior atau junior kita. Tapi bila tiba saja masa balik sekolah, salah seorang daripada kawan dalam bas tak ada lagi dan pak cik bas dah nak gerak dan tanya “semua dah cukup ke?” dan kawan korang ada yang belum naik. Nanti mesti semua akan jerit ramai-ramai “PAKCIK! AMIR BELUM NAIK! TUNGGU!”, memang seronok sangat saat itu sebab macam kelakar dan macam mana semua orang tahu Amir belum naik bas walaupun awak bukan satu kelas.

BANYAK JAJAN

Dalam bas sekolah, kebiasaannya pak cik bas akan jual gula-gula, keropok, ice blended dan banyak lagi. Jadi, biasanya geng bas sekolah akan sentiasa ada duit extra untuk beli ‘jajan’ yang pak cik bas jual. Bukan setakat itu saja, kadang-kadang ada yang sampai berlari nak beli cepat-cepat sebab nanti kawan-kawan yang bukan geng bas sekolah pun suka join beli dekat pak cik bas korang.

KERJASAMA

via GIPHY

Bila dah penat balik sekolah semua dan dah on the way balik rumah, biasanya ada yang membawang dan berbual dengan kawan sebelah dalam bas dan ada juga yang tertidur nyenyak sampai tak perasan rumah dia dah terlepas. Waktu ini biasanya geng bas sekolah akan sama-sama ingatkan untuk kejutkan kawan yang rumah dia seterusnya. Selain itu juga, bila tidur ramai antara geng bas sekolah rajin pinjamkan bahu untuk kawan tidur. Woah! Friendship geng bas sekolah ini sangat sweet! 

GENG DENGAN PAK CIK BAS

Selain ada squad di sekolah, geng bas sekolah pun ada squad lain dengan pak cik bas sekolah tau! Biasanya pak cik-pak cik bas ini akan duduk berbual sesama sendiri waktu tunggu korang keluar habis waktu sekolah. Selalunya, siapa yang keluar awal akan pergi cari port squad pak cik bas dan join sekali berbual sebab bosan duduk dalam bas sendiri.

Sangat seronokkan jadi geng bas sekolah! Sebab banyak sangat benda best jadi waktu naik bas itu dan siapa yang bukan geng bas sekolah itu pun tak apa kalau tak dapat merasa. Sekali sekala awak cubalah balik sekali dengan kawan awak yang naik bas sekolah sebab memang seronok. Silap hari bulan, awak pun akan request dekat parents nak pergi balik sekolah naik bas. Haha!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Bila Bae Suzy Cakap Melayu, Banyak Hati Cair

Soalan PT3 Bocor, Pelajar Kena Repeat Paper Pula?!🤬