in ,

Kelebihan ‘Cuti Sekolah’ PKP Dilanjutkan

Sumber gambar: coretangme.blogspot.com

Bila tempoh perintah kawalan pergerakan ini semakin bertambah panjang sehingga 14 April ini sudah pasti ramai yang antara kita yang risau jika tempoh akan ditambah lagi sehingga ke bulan Ramadan dan Syawal nanti, betul kan? Iya lah, kalau itu terjadi, sudah pasti suasana puasa akan jadi tidak best sebab sudah ada berita yang menyatakan beberapa bazar ramadan di Selangor sudah dibatalkan pada tahun ini. Hmm, memang sedih sebab untuk kita yang tinggal di Malaysia ini bazar ramadan itu sudah menjadi kebiasaan untuk kita. 

Sumber gambar: malaysia travel

Selain daripada kita memikirkan makanan dan air yang best untuk dibeli di bazar ramadan itu, suasana nak pergi solat tarawih setiap malam pun tidak akan ada. Memang sedih sangat kan? Sudah pasti boleh kita anggarkan dalam 50% suasana bulan Ramadan akan jadi sangat lain. Nak berbuka dengan kawan-kawan yang lain pun tidak akan ada sebab semua perlu duduk di rumah. Akan tetapi jangan terlalu negatif ya kawan-kawan! Sebab kalau kita sentiasa positif, mesti suasana puasa dan raya kita nanti pun akan positif juga, walaupun bosan banyak. Haha! 

Sumber gambar: ohkunak

Walaupun suasana bakal jadi sangat lain, korang perlu ingat yang semua ini ada hikmahnya sebagai contoh, korang ada stok cerita pengalaman puasa dan raya kena stay at home. Hehe! Kita juga mungkin tidak tahu apa yang akan jadi dengan puasa akan datang ini kan? Seterusnya, bila puasa pun perlu duduk di rumah, sekurangnya kita ada masa untuk sentiasa sahur dan berbuka di rumah bersama keluarga bersama-sama. Untuk yang duduk jauh di asrama dan lain-lain itu pun korang ada juga kesempatan untuk berpuasa penuh bersama keluarga gitu kan…

Sumber gambar: marketing magazine

Duit korang pun akan jimat sebab bila bazar tidak buka, sudah pasti korang tidak akan lakukan pembaziran makanan yang selalunya kita kalau boleh nak beli makanan satu bazar macam sebelum ini kan. Kemalangan disebabkan bunga api dan mercun yang selalu kita dengar sewaktu bulan Ramadan seperti sebelum ini pun mungkin akan kurang kita dengar sebab tidak ada penjualan bunga api dan mercun dijalankan.

Sumber gambar: puteri

Apa pun yang terjadi, kita semua wajib untuk sentiasa fikir positif dan bersangka baik dengan tuhan dan yakin semua yang terjadi semasa Covid 19 ini ada hikmahnya tersendiri. Banyak pihak yang bertanggungjawab sudah menjalankan tugas mereka dengan sebaiknya dan kita perlu sentiasa berterima kasih dan menghargai jasa mereka. Korang juga sebagai manusia yang baik dan dengar cakap pun perlu bangga dengan diri korang sendiri sebab sentiasa berdisiplin stay at home dan dalam masa yang sama korang perasan atau tidak, sebenarnya korang ini kuat tau! Sebab mampu duduk rumah dengan masa yang lama walaupun bosan habis! Hehe! Eh samalah kita! Lunasquad pun so far tak ada seorang pun yang keluar rumah sampai sekarang. Huhu… 

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Lee Min Ho Dikatakan ‘Extra Hot’ Dalam The King : Eternal Monarch

Resepi Masakan Viral TikTok Harus Cuba Try Test