in ,

Kelebihan Bila Boys Ada Ramai Kawan Perempuan

Sumber gambar: http://www.dramabeans.com/2017/11/20th-century-boy-and-girl-episodes-31-32-final/

Pernah tak korang tengok dalam satu squad itu semuanya perempuan, tiba-tiba ada beberapa orang saja lelaki dalam squad itu? Mesti pernah bukan? Biasanya orang akan ada sedikit stereotaip pada golongan sebegini contohnya masyarakat akan ingat awak yang boys ini adalah lelaki lembut padahal tidak pun. Tapi boys tahu tak yang sebenarnya korang akan ada manfaat kalau ada ramai kawan perempuan. Nah kali ini LUNARIA akan kongsi dengan awak boys kebaikan kawan dengan perempuan.

PENYAYANG

Sumber gambar:

Kebanyakan perempuan memang bersifat lemah-lembut dan penyayang walaupun ada yang karakternya ala tomboy. Biasanya kalau kawan dengan perempuan, mereka lebih terbuka untuk kongsi masalah dan cerita dengan korang. Sebagai boys dan kawan yang baik of course kita akan jadi pendengar yang baik. Selain dari itu, ia juga akan mengajar diri korang sebagai reminder belajar dari kisah dan masalah yang korang share each other itu.

BERMOTIVASI

Sumber gambar:

Bila sudah berlainan gender, sudah pasti bonding antara korang akan lebih kuat ibarat adik-beradik. Jadi bila awak boys ada masalah atau ada perkara yang serabut untuk difikirkan, mesti korang akan cerita benda itu pada kawan perempuankan? Dan kalau kawan korang itu beri pendapat mesti ia akan telus sebab perempuan selalunya berfikiran panjang sebab mereka fikir banyak benda. Melalui pendapat mereka, korang yang boys akan lebih termotivasi kerana perempuan ini dia fikir dari banyak aspek.

KURANG STRESS

Sumber gambar:

Kawan lelaki dengan perempuan itu sama sahaja. Tapi bila berlainan gender, awak boys akan susah nak stress sebab kawan-kawan perempuan korang mesti akan jadi penghibur korang. Lebih lagi, kalau kawan-kawan perempuan korang itu sejenis yang riuh dan perangainya senang disakat. Confirm hari-hari korang lebih ceria sebab perempuan ini mudah terhibur orangnya. Hehe!Β 

Selepas ini, korang boys tak perlu pun nak terlalu fikir semua stereotaip yang orang sekeliling korang cakap tentang berapa ramai kawan perempuan korang. Asalkan niat korang nak berkawan itu memang baik. Iyalah, konsepnya sama sahaja dengan perempuan yang ramai kawan lelaki, tidak salah sama sekali sebab kita semua mesti sudah tahu batas-batas yang perlu kita jaga. Selain itu, boys yang kawan dengan ramai perempuan ini lagi banyak manfaat lain seperti korang tahu memasak ala masakan ibu, mengemas, dan kalau nak belikan hadiah untuk girlfriend korang pun lagi mudah, tanya saja kawan girlfriends korang. Mesti masalah selesai! Haha!Β 

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Akhirnya Boleh Reply DM Instagram Guna Laptop!

Jangan Tahu Main Saja, Ini Cara Control Media Sosial