in ,

Kelebihan Ada BFF Lelaki Berbanding BFF Perempuan

Sumber gambar: buasirotak.blogspot

Sikit-sikit merajuk.. penat ada kawan macam ni….

Ada tak antara korang yang ada BFF lelaki dan lebih selesa berkawan dengan lelaki? Menurut  kajian daripada seorang ahli psikologi, Linda Sapadin, perempuan dan lelaki lebih mesra berkawan disebabkan perubahan budaya. Tapi tak bermaksud BFF lelaki lebih baik berbanding ada BFF perempuan sebab ada juga yang lebih selesa ada BFF perempuan, Tapi hari ini LUNARIA akan kongsikan perbezaan antara BFF lelaki dan BFF perempuan seperti…

PENDENGAR YANG BAIK

via GIPHY

Perkara ini adalah mungkin sebab mereka kurang mudah rasa insecure dan tidak terlalu banyak berfikir sebab itu mereka lebih suka mendengar. Kalau kita sembang pasal sesuatu berulang kali mereka tetap setiap mendengar. Cuma kadang kala akan buat kita fikir sama ada mereka dengar masuk dalam hati atau dengar tapi masuk telinga kanan keluar telinga kiri. LOL.

LEBIH MATANG & CEPAT MOVE ON

via GIPHY

Walaupun kadang-kadang bahasa lelaki a bit kasar, tapi mereka lebih matang dalam memberi nasihat. Bak kata orang, lebih jujur. Dan mereka tak simpan dalam hati kalau ada antara kita mood swing atau marah tiba-tiba tanpa sebab. Tapi jangan pula kita ambil kesempatan untuk sentiasa mood swing dan jadikan BFF lelaki kita punching bag untuk lepaskan geram, mereka juga ada hati dan perasaan.

SUKA BUAT LAWAK HAMBAR!

via GIPHY

Kawan baik lelaki akan cuba mainkan peranan untuk gembirakan korang bila diperlukan. Walaupun luaran nampak very manly, tapi mereka faham kita berhati lembut. Dan mereka akan layan korang baik-baik je. So sweet! 

‘BODYGUARD’ TAK BERBAYAR!

via GIPHY

Point yang ini paling best! Kalau di sekolah kita perlukan back up, panggil je kawan baik lelaki. Lepas ini tak ada siapalah berani nak kacau korang lagi.. Wehoo! BFF lelaki boleh jadi ala ala ‘abang sekolah’ yang akan jaga kita.

Kawan baik lelaki atau perempuan, dua-dua pun bermanfaat. Kalau sebelum ini, korang hanya berkawan baik dengan perempuan, mungkin korang boleh cuba ada kawan baik lelaki pula? Haa kalau kita tak cuba, kita tak akan tahu. Yang penting, LUNARIA nak pesan berkawan biar seribu.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Lagu English Mudah Untuk Belajar Bahasa Inggeris

Siapa Kata Tak Boleh Belajar Sambil Main Filter Instagram?