in ,

Kelebihan Ada BF Atau GF Suka Main Game

Sumber gambar: reddit.com

Zaman sekarang ini ramai sangat yang suka sangat main game tak kiralah sama ada lelaki ke perempuan. Selepas itu, ada ramai juga yang bising sebab nampak korang macam tak function tak buat apa-apa, walhal itu adalah satu bakat yang mungkin boleh menguntungkan hidup korang kalau korang jadikan sebagai kerjaya. Hmm, LUNARIA nak tanya sikit pada korang, ada tak pasangan korang tak kisahlah boyfriend ke girlfriend yang kuat sangat main game sampai kadang-kadang mereka tak layan korang langsung? Kalau ada, apa yang korang rasa ya? Mereka ini menyusahkan ke menguntungkan diri korang? Bagi kami, mereka ini sebenarnya sangat menguntungkan diri kita. Ya! Nak tahu apa sebabnya… okay meh sini kami nak beritahu!

PENGETAHUAN BARU

Sumber gambar: panda security

Kalau korang nak tahu, mereka yang kuat main game ini kebanyakannya bijaksana. Bukan setakat dalam game sahaja tapi ada setengah itu dalam pelajaran dan kokurilkulum lain pun dia hebat. Ini disebabkan kebanyakannya mereka adalah orang yang suka explore sesuatu yang baru. Tak percaya? Cuba perhatikan mereka dari awal korang kenal. Mesti korang baru perasan yang mereka ini sebenarnya memang pandai tau dan sambil itu korang belajarlah sekali dengan mereka seperti ilmu tentang gajet ke, software ke, dan banyak lagi benda korang boleh tanya untuk dapatkan pengetahuan baru dari mereka yang suka main game ini.

BANYAK ‘ME TIME’

Sumber gambar: bliss theraphy

Selain itu, ‘me time’ korang pun sangat banyak. Sambil mereka main game itu, kalau korang tengah on call or video call. Korang boleh belajar masak, belajar menjahit, baca buku, kilatkan kuku, jumpa doktor gigi dan banyak lagi benda korang boleh buat dengan mereka tau tanpa perlu keluar dengan boyfriend atau girlfriend korang. Ala, sekarang ini dah senang.. Bila jarang dating lagi seronok sebenarnya!

KUMPUL RINDU

Sumber gambar: kotaku

Sambil itu, korang boleh kumpul rindu sebab lama tak jumpa. Ha! Bukan ke itu sweet! Haha! Ya, sebab mana tahu mereka selama ini main game itu practice untuk liga Asia ke, Kebangsaan ke, nanti bila korang keluar dating, dendalah si dia suruh belanja sebab siapa suruh busy sangat betul tak?! LOL!

SENANG CARI HADIAH

Sumber gambar: pocket lint

Antara part paling best adalah bila tiba anniversary korang atau hari lahir dia. Belikan saja barang game yang mereka impikan. Korang tak perlu susah-payah fikir. Barang game ini kebanyakannya agak mahal tapi ikutlah bajet korang juga ya. Kalau tak mampu, belikan saja barang-barang lain seperti ubat sakit belakang ke, iyalah mana tahu main game kena duduk lama, mesti sakit belakang mereka. So, korang bagi saja itu, barulah unik! 

PANDAI BETULKAN SOFTWARE

Sumber gambar: insidescandinavianbusiness

Ini antara benda yang paling menguntungkan diri korang dan pasangan. Pandai betulkan software atau sebarang gajet! Di sini korang dah jimat dah sebab tak perlu pergi ke kedai untuk bayar harga yang mahal itu. Benda itu jadi mahal sebab memang perlukan kepakaran yang korang memang tak reti, jadi bila dah ada boyfriend or girlfriend yang memang dah ada bakat betulkan banyak benda yang libatkan IT ini, korang dah jimat. Hehe! Nak beli barang-barang pun tak akan kena tipu harga dan mereka pandai cari yang berkualiti.

See! Mereka yang kuat main game ini sebenarnya ramai yang sangat beri kebaikan untuk korang tau! Jadi korang tak perlu risau mereka nak tipu korang ke, nak fikir beli hadiah ke dan diri korang pun akan lebih bebas nak buat apa-apa aktiviti dengan keluarga dan kawan lain walaupun dengan mereka. Jadi, kalau dua-dua antara korang lebih memahamikan lebih baik, setuju ke tak? Hehe

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Senarai Water Park Di Malaysia! No. 2 Paling ONZ!

Trend Baru Fake Jeragat, Tak Bahaya Ke?