in ,

Kelab & Persatuan Paling Gempak Dekat Sekolah!

Sumber gambar: www.belmont.k12.ma.us

Hi #Lunagirls! Tahun ni korang join kelab atau persatuan apa untuk kokurikulum? Setiap sekolah ada pelbagai jenis pilihan kelab dan persatuan yang kita boleh masuk tau! Kalau korang seorang yang suka main catur, boleh masuk kelab catur.. Kalau yang suka subjek Sejarah pula, boleh masuk kelab Sejarah! Best nya.. Ummi rindu sekolah! Hari ini Ummi kongsikan kelab dan persatuan yang selalu jadi pilihan di sekolah! #Hotpick

PERSATUAN BAHASA MELAYU     

Sumber Gambar: https://missmui.wordpress.com

Best sangat ke masuk persatuan Bahasa Melayu? Haa! Kalau korang nak tahu, persatuan Bahasa Melayu kebiasaanya paling banyak buat aktiviti sampingan seperti pertandingan debat, pantun, syair dan bermacam-macam lagi! Bila buat aktiviti dalam persatuan Bahasa Melayu, ia akan bantu kita belajar lebih tentang pantun, pepatah, dan peribahasa Melayu! Bak kata pepatah “Takkan Melayu hilang di dunia”

PERSATUAN BAHASA INGGERIS

Sumber Gambar: http://www.kosmo.com.my

Korang pernah tengok pertandingan choir speaking tak? Teringin nak join? Boleh masuk persatuan Bahasa Inggeris! Kalau group sekolah korang power, boleh wakil sekolah sehingga ke peringkat kebangsaan tau! Fuh! Hebat pelajar-pelajar yang masuk choir speaking ini..

KELAB KEBUDAYAAN

Sumber Gambar: https://ritaelfianis.com

Siapa dekat sini pelajar-pelajar Seni dan Kebudayaan? Yeay! Kita sama! Ummi dan kawan Ummi akan excited setiap kali nak pergi kokurikulum.. Hihi! Aktiviti menarik dalam kelab Seni dan Kebudayaan, korang akan dapat belajar menari, bermain alat muzik dan rombongan ke tempat bersejarah! Mostly activity bebas, itu yang menarik minat pelajar untuk menyertai kelab ini. Selain itu, dapatlah kita serlahkan bakat-bakat terpendam dalam diri! 

PERSATUAN SAINS 

Sumbar Gambar: https://jagad.idlot

Persatuan ini takkan lari daripada pertandingan yang mengajar pelajar untuk mengenali dunia, membuat satu perubahan baru kepada dunia dan sangat tekankan konsep Go Green! Apa yang menarik minat Ummi tentang persatuan Sains ialah setiap kali buat pameran, mereka akan buat presentation dengan sangat terperinci! Sehingga membuat kita kagum dengan kreativiti dan kegigihan mereka untuk buat experiment tersebut! Untuk yang kata bumi itu flat, sesuai masuk persatuan ini to get your fact right! Ops! 

Ummi dari sekolah rendah sehingga sekolah menengah sertai kelab Kebudayaan! Dan semasa sekolah rendah Ummi sangat active menari lagu inang dan buat tarian lilin tau! Korang macam mana #Lunagirls? Apa kelab dan persatuan yang menjadi kegemaran korang ya, komen di bawah untuk share dengan Ummi!

What do you think?

-2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Instafamous ‘Over Famous’ Mengalahkan Artis!

Lepas Pinjam Barang, Pulangkan Balik Please!