in ,

Kejahatan Vs Kebaikan

#Lunagirls, korang pernah tak berjumpa dengan orang yang selalu tak senang dengan korang walaupun korang ni tak buat apa pun, macam  haters? Kebiasaannya, korang buat apa, balas balik apa yang diorang buat? Why not korang try buat perkara ni bila berdepan dengan haters, especially dalam bulan puasa ni, besar pahalanya tau kalau korang balas haters dengan kebaikan.

BERDIAM 

via GIPHY

Jangan sesekali melawan, kerana sampai ke sudah ia tidak akan habis. Apa kata #Lunagirls berdiam dan melihat berapa jauh si pelaku dengan perangai haters dia, sekiranya mereka masih juga mengganggu korang… biarkan lah mereka hidup dengan dunia dia. Kita patut teruskan hidup dengan orang-orang yang positive je.

LEBIH BAHAGIA 

via GIPHY

Kehidupan korang akan lebih bahagia sekiranya korang tidak melayan toxic people macam ni, sebab dorang ni yang selalu buat pusing kepala je. Korang perlu leave them alone, balas segala kejahatan dorang tu dengan kebaikan. Maybe dengan senyuman, mana tahu hati dorang terbuka untuk berhenti kacau korang?

DIHARGAI 

Sumber Gambar: https://weheartit.com

Kita akan lebih dihargai dengan adanya sikap pemaaf. Anggap la segala yang berlaku ni  ni satu dugaan mungkin korang ni cantik sangat kot sebab tu diorang ni jealous, hihi…  Satu achievement tau kalau dapat memaafkan orang, tak semua orang mampu buat.. Bukan tu je, korang pun akan lebih positive dan bahagia..

MATANG

Sumber Gambar: https://thetempest.co

Jika korang membalas kejahatan yang dilakukan oleh seseorang dengan tu kebaikan, itu menunjukkan korang matang dan tak cepat melatah. Dalam agama pun menyuruh kita untuk buat kebaikan. Yang penting, korang berdoalah semoga dorang tu insaf, dan kembali kepada jalan yang benar.

WHAT COMES AROUND GOES AROUND 

via GIPHY

Korang tahukan sekiranya kita melakukan sesuatu perbuatan, pasti kita akan dapat balasan, karma.. Begitu jugalah dengan perkara sebegini, nak ke apa yang korang buat tu berbalik dekat korang? Ha! tak nak kan, so better selalu melakukan kebaikan ye walaupun orang tu layan kita dengan teruk.

Renungkan lah #Lunagirls, jangan jadikan kejahatan ni sebagai dendam kita kepada seseorang. Jadilah seorang yang penyabar dan pemaaf, kerana dengan sifat kita itu mungkin orang yang jahat kepada kita itu akan berubah dan malu dengan sikapnya.

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Minum Susu Pun Boleh Kenyang Sepanjang Hari?

Pedas Or Manis… Mana Lagi Bahaya??