in ,

Keistimewaan Sebenar Jadi Seorang Perempuan

Sumber gambar: Instagram @ainaa_lunaria

Jangan ingat girls lemah tau! Kami mampu buat kerja yang lelaki buat. Sometimes boleh je nak buat kerja bertukang tapi mak je yang tak bagi sebab bahaya katanya.

Ehemm, siapa cakap perempuan lemah? Kita kuat je tau but sometimes kita rasa diri kita lemah sebab tak dapat support daripada orang sekeliling. Kita boleh jadi seorang gadis yang hebat sebab semua orang ada kelebihan sendiri dalam diri. As a girls, kita kena bersyukur dilahirkan sebagai seorang perempuan. Kenapa? Baca article ini sampai habis kalau nak tahu.

SALING MELENGKAPI

via GIPHY

Just imagine kalau dalam dunia ini ada lelaki je? Macam mana manusia nak berkembang? Sebab itulah pentingnya para wanita dalam dunia ini. So that jumlah kita akan bertambah. Boleh dikatakan kita sebagai pelengkap kehidupan. Nampakkan betapa pentingnya kita ini?

LEBIH BIJAK

via GIPHY

Bukan nak cakap lelaki ntak bijak, lelaki bijak juga tapi perempuan lebih bijak sedikit. Otak lelaki lebih besar daripada otak wanita tetapi mengikut kajian, wanita lebih cenderung untuk menunjukkan hasil yang lebih baik berbanding lelaki dalam ujian kecerdasan. At the same time, kita juga mampu untuk multitasking which is buat banyak perkara dalam satu masa. Tapi ada kelemahan sikit sebab akan jadi kurang fokus terhadap salah satu kerja yang dilakukan. Better buat satu kerja je dulu untuk make sure sesuatu kerja complete dengan sempurna!

LEBIH CEPAT SEMBUH

via GIPHY

Dalam orang kata kita lemah, sebenarnya kita kuat tau. Hormon estrogen yang terdapat dalam badan kita ini mampu untuk menindas proses keradangan jika kita tak sihat. Pada masa yang sama bermaksud badan kita mampu untuk melawan sakit dengan lebih cepat dan mudah. Boleh jadi kalau demam biasa, kita akan ambil masa dalam tiga atau empat hari sahaja untuk kebah. Tapi lelaki mungkin akan jadi seminggu. Cuba tengok kawan lelaki korang bila demam, kebanyakannya akan jadi manja betul tak?

PANDAI MEMUJUK

Boyfriend merajuk, kita boleh pujuk! Crush merajuk, kita bagi coklat! Siblings merajuk, kita bagi gula-gula terus dah tak merajuk.

See, kita mampu buat orang yang merajuk berhenti merajuk tau. Rasanya semua perempuan ada skill hebat ini. Kalau tak tahu sangat pun, mesti ada sikit-sikit juga sebab skill itu memang dah ada dalam diri kita. Biasa kalau bab merajuk kita memang power nak merajuk sebab sometimes kita pun teringin nak dipujuk.. Korang ada pengalaman kawan lelaki minta tips pujuk girlfriend dia? Situasi ini akan dialami oleh girls, lagi-lagi yang kebanyakan kawan-kawannya dah ada kekasih hati.

DOA KITA DIMAKBULKAN

via GIPHY

Pernah dengar tentang kata-kata ‘doa yang paling makbul ialah doa daripada seorang ibu’. Ha, ibu perempuan so that maksudnya doa kita sebagai orang wanita lagi cepat makbul. Maksudnya dekat sini janganlah sesekali kita nak derhaka dengan mak, takut nanti bila mak marah terus teringat kisah si tanggang pula!

Even setiap bulan kita period, mood swing, period cramp dan macam-macam lagi, kita tetap kena bersyukur kerana dilahirkan sebagai seorang perempuan. Korang tahu tak kalau jadi lelaki, tanggungjawab mereka lagi berat. So, jangan sesekali berfikir ‘kenapalah aku perempuan, baik jadi lelaki. Taklah rasa period setiap bulan’. No no no! Tetap bersyukur dengan semuanya okay girls!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Houseparty ‘Tempat Lepak’ Terbaik Dengan Squad

WINNER Lancar Album Ketiga Tanpa Jinu Di Sisi