in ,

Kehidupan Sebenar Sebagai Kpop Idol #Realiti

Sumber Gambar: dev.invidio.us

Selalu kita tengok kehidupan idola kpop ini macam best saja kan? Boleh menyanyi, menari, berlakon, pandai bergaya, badan cantik, banyak duit dan macam-macam kan? Tapi disebalik kemewahan dan kesempurnaan yang dipaparkan kepada semua peminat mereka itu ada satu realiti yang tak seronok dalam kehidupan sebenar mereka.

WAJIB JAGA BADAN

via GIPHY

FYI, berat badan kpop idol yang perempuan mesti dibawah 50 kilogram dan bagi lelaki berat mereka perlu dibawah 70 kilogram. OMG! Korang dapat bayangkan tak betapa gigihnya mereka nak diet semata nak kejar berat yang perlu diarah agensi dorang? Ini sebab katanya supaya nampak cantik dalam kamera. Hmm, kesian betul lah tapi nak buat macam mana dah kerja mereka kan?

BANYAK KELAS

via GIPHY

Banyak kelas ini maksudnya kelas bahasa, kelas nak hadap media, kelas macam mana nak layan peminat, kelas belajar interview, pandang kamera dan banyak lagi. Memang sebelum idola kpop korang ini debut, mereka akan didedahkan dengan kelas-kelas ini supaya lebih ready dengan apa jua keadaan sebab itu juga jadual dorang ini memang sangat-sangat pack.

KURANG TIDUR

Sumber Gambar: Rojak Daily

Ramai yang tahu kebanyakan kpop idol ini memang purata tidur mereka adalah empat jam satu hari. OMG! Macam mana lah dorang survive kan? Kita manusia biasa ini sepatutnya tidur tujuh ke lapan jam tau! No wonder lah ada ramai kpop idol yang nampak exhausted bila atas stage

TIADA PRIVASI

Sumber Gambar: Korea Boo

Bila dah decide jadi artis, of course lah kurang sikit privasi itu sebab pergi mana-mana saja ada paparazzi yang follow. Lagi-lagi dekat Korea Selatan itu memang banyak sasaeng. Kadang-kadang sampai dorang ini tak selesa dan family mereka sendiri diganggu. Memang melampau betul peminat yang macam ini!

So, semua dah tahu kan realiti kpop idol ini tak seindah yang disangka. Korang pun tak payah lah rasa macam kehidupan mereka perfect dan indah sebab setiap orang punya jalan kehidupan memang akan ada yang tak sempurna, iyalah nama pun manusia biasa kan jadi kalau kena ujian sikit tu anggap saja ada hikmah. Woah! Terserius pula, LOL!

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Pakaian Ketat Boleh Buat Badan Berubah Bentuk

Reti Tak Colour Bendera² Negeri?