in ,

Kegunaan Lain Beauty Blender!

Sumber gambar: YouTube TheBeautyBreakDown

Siapa dekat sini suka guna beauty blender? Eh! Mestilah suka sebab senang nak apply foundation tapi sebenarnya banyak je kegunaan lain beauty blender ini. Jadi tak payahlah beli banyak brush cukup satu ini boleh buat macam-macam. Hm! Mesti tertanya kan apa je yang boleh dibuat dengan seketul beauty blender.

UNTUK BASE MAKEUP

via GIPHY

Bukan setakat foundation je beauty blender ini boleh ratakan, tapi make up base yang lain seperti BB Cream, CC Cream and mineral makeup. Caranya masih sama macam guna foundation, “dab… dab” je dah siap. Flawless muka!

UNTUK FACIAL

Sumber Gambar: https://www.sheknows.com

Ada setengah orang yang suka buat facial D.I.Y (Do it yourself) dengan menggunakan beauty blender. Kenapa? Beauty blender boleh menyerap ke semua serum, pelembap dan product skin care dengan lebih baik juga berkesan dalam pelembapan kulit tau.

UNTUK MERATAKAN BEDAK

Sumber Gambar: https://www.zoyacosmetics.com

Kadang pelik ya dengan brush ini, macam ada kaki pula berjalan dan hilang. Hm! Apa susah girls, beauty blender boleh menyelesaikan masalah korang. Ha! Tapi make sure gunakan beauty blender yang kering tau bukan yang dah digunakan untuk apply foundation or liquid make up yang lain. Nanti bercapuk muka, lari crush hihi.

MENGHILANGKAN MAKEUP

Sumber Gambar: https://www.grid.id

Biasanya untuk kita membersihkan make up berlebihan di muka, kita akan cover menggunakan blush or foundation. Kalau cara itu akan menebalkan lagi make up korang girls. Apa kata guna je sedikit bedak di hujung beauty blender dan letak di tempat yang korang rasa perlu correction itu, mesti hilang.

Senangkan dengan adanya beauty blender ini? Mestilah korang tak perlu barang make up yang banyak, satu ini pun dah memadai.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Percikan Darah Ummi Di Bulan Ramadhan

Berat Cepat Naik Kalau Makan Ni!