in ,

Keburukan Tahan Bersin, Tapi Jangan Lupa Tutup Guna Tisu!

Sumber gambar: businessinsider.com

Aaaachummmm! Sekali bersin orang mesti pandang lain macam. Sampaikan kita rasa nak tahan bersin setiap kali berada dekat tempat awam. Lagi lagi sekarang nj tengah musim virus Covid-19, lagi la takut nak bersin dekat luar. Kalau boleh tahan bersin tu memang tahan je la selagi mampu.

Tapi sebenarnya elok ke kita tahan bersin ni? Atau ia akan mendatangkan kemudaratan pada kesihatan diri kita? Apa akan jadi kalau tahan bersin?

via GIPHY

Untuk pengetahuan korang, bersin boleh terjadi disebabkan beberapa faktor antaranya ialah sebagai proses mempertahankan diri daripada alahan, penyakit virus atau bahan kimia. Tapi ada juga yang akan bersin sekiranya di kawasan persekitarannya mempunyai habuk, asap, debu atau bau bauan masakan yang menyengat hidung.

At the same time ia juga akan mengeluarkan bendasing daripada badan kita. Ia juga berkeupayaan untuk mencegah sebarang bendasing masuk ke dalam paru-paru dan badan kita. So jangan sesekali mengeluh kalau korang bersin banyak kali ya. Tapi kalau bersin banyak kali pun penat juga tau sampai orang sebelah tolong kirakan lagi berapa kali kita bersin dalam satu satu masa.

Bahaya Tahan Bersin! Tekak Anda Boleh Pecah Dan Rosak Saraf ...
Sumber gambar: Iluminasi

Kalau korang sejenis yang suka tahan bersin, tolong hentikan tabiat tersebut dan bersin sahaja tanpa banyak fikir. Hal ini kerana ia akan mendatangkan komplikasi pada badan seterusnya mendatangkan masalah kesihatan. Bila kita tahan bersin, udara akan terperangkap di dalam mata, dada dan otak! Perkara ini akan mengakibatkan kecederaan pada bahagian gegendang telinga, patah pada bahagian tulang rusuk dan juga pembekuan darah.

Dengar je pun dah tahu bahawa tabiat tahan bersin ni sangat membahayakan kesihatan kita. Bukan tu je tau, ia juga akan mengakibatkan gangguan pada sistem sarat seterusnya mendatangkan kecederaan pada leher.

Sebaiknya waktu bersin, korang tutup mulut dan jarakkan diri daripada orang lain supaya mereka tidak rasa terganggu dengan bersin korang tu. Kenapa kena tutup mulut dan hidung? Mesti la kena tutup sebab bila kita bersin, kuman akan keluar dari dua kawasan tersebut. At the same time bila kita jarakkan diri daripada orang lain bila nak bersin, kuman pun tak dapat merebak ke orang lain.

Selain sebagai salah satu cara untuk menjaga adab, kjta juga boleh mencegah penyakit. Kalau korang sejenis yang kerap bersin, sediakan tisu atau sapu tangan dekat dalam beg supaya setiap kali nak bersin korang boleh tutup mulut dan hidung dengan tisu.

Korang pernah cuba tahan bersin tak? Kalau pernah, korang sendiri mesti tahu macam mana rasa sakitnya bila kita tahan bersin. Paling pedih bila rasa sakit tu dirasai dekat kawasan hidung, rasa macam pedih-pedih je kan. Lama kelamaan nanti hidung korang akan terganggu disebabkan udara yang terperangkap di dalam hidung. So, kalau nak bersin tu lepaskan sahaja jangan takut-takut sebab nanti korang sendiri yang akan tanggung kesakitan tersebut.

Just in case takut nak bersin sebab ramai orang, korang cari ruang kosong atau tersorok then bersin la dekat situ. Dengan syarat, jangan bersin kuat-kuat sebab kalau bersin kuat sangat, orang lain akan rasa terganggu dan tak selesa.

Jangan lupa juga kerap basuh tangan selepas bersin ya. Takut kuman melekat pada tangan korang pula nanti. Jaga kebersihan diri selalu dan jangan tahan bersin!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kesilapan Biasa Kita Buat Semasa Raya

5 Sebab Utama Remaja Kena Pakai Lotion