in ,

Keburukan Suka Gigit Ais Ketul

Sumber gambar: Youtube.com

Nikmatnya kalau dapat gigit ais waktu panas-panas ni. Dapat pula kalau ais tu jenis blend punya, fuhhh lagi best nak kunyah!

Siapa suka sangat gigit ais ni kita memang boleh geng la! Ainaa pun memang suka sangat rasa nak gigit ais tu. Lagi-lagi kalau waktu makan makanan pedas, lagi la melampau rasa nak gigit ais tu. Kadang-kadang dah jadi habit kalau minum air yang ada ais, mesti akan gigit ais. Sampai sanggup tunggu ais tu cair sedikit sebelum nak gigit, hehe!

Is Eating Ice Bad for You? Side Effects, Benefits & How to Stop
Sumber gambar: Doctorshealth

Banyak kali juga kena marah dengan mak sebab asyik gigit ais je. Korang pernah kena marah tak Tapi guys, sebenarnya tabiat suka gigit ais tak elok. Mula-mula memang kita tak nampak dekat mana sebenarnya bahaya tu tapi bila dah jadi kebiasaan sampai tabiat, memang kena hentikan secepat mungkin. Ia akan menyebabkan beberapa masalah kepada kasihatan diri kita tanpa disedari. Jom kita tengok beberapa ‘sisi gelap’ disebalik tabiat suka gigit ais ni…

FAKTOR MENYEBABKAN INGIN GIGIT AIS

19 Habits That Wreck Your Teeth
Sumber gambar: Webmd

Pagophagia merupakan satu istilah buat seseorang yang sentiasa ada keinginan untuk menggigit ais. Ini merupakan gangguan makanan yang dikenali sebagai ‘pica’ yang mana ia membawa maksud kepada seseorang yang gemar untuk makan sesuatu yang tiada nutrisi. Contoh makanan yang tidak berkhasiat ialah ais, kertas, pasir, kapur, batu dan banyak lagi. Actually golongan yang sering kali cenderung untuk menghidap ‘nafsu pica’ ini, tapi ia juga boleh terjadi terhadap orang dewasa.

KEKURANGAN ZAT BESI (ANEMIA)

The Link Between Cancer and Low-Iron Anemia
Sumber gambar: Verywealth

Apabila kita sering kali menggigit ais, kita akan mengalami masalah kekurangan zat besi. At the same time ia juga membuatkan kita mengalami keradangan pada permukaan lidah. Sekiranya kita ingin menambah zat besi di dalam badan, digalakkan untuk mengambil suplemen iron bagi menghapuskan rasa keinginan untuk kunyah ais.

DEHIDRASI

via GIPHY

Bila kita kekurangan air dalam badan, mesti la badan akan mengalami dehidrasi dan air ais merupakan air utama yang kita cari. Biasanya orang yang mengalami dehidrasi ni akan mempunyai keinginan yang tinggi untuk mengunyah ais. Ais yang sejuk itu akan membuatkan bibir rasa lega dan menghilangkan rasa dahaga. Tapi sekiranya korang mempunyai simptom berat seperti rasa kejang atau pening, segera la berjumpa dengan pakar bagi mendapatkan rawatan dengan segera.

MASALAH EMOSI

via GIPHY

Emosi ni mengawal keadaan dan mood kita setiap hari. Kalau emosi terganggu, macam mana nak teruskan aktiviti harian? Orang yang mengalami masalah emosi lebih cenderung untuk mengunyah ais kerana mereka menganggap perkara tersebut membuatkan rasa tekanan itu hilang dan membuat mereka rasa lebih tenang.

Setiap yang berlaku pasti akan ada kesan sampingannya kan, so korang dah ready ke nak tahu apa kesan yang akan terjadi kepada sesiapa yang suka kunyah ais ni?

MASALAH GIGI

Inilah Akibatnya Jika Kerap Makan Ais, Gigi Boleh Berlubang Dan ...
Sumber gambar: Karteldakwah

Of course, masalah utama yang akan kita alami ialah masalah gigi yang mana ia akan merosakkan enamel gigi sehingga boleh menyebabkan keretakan pada gigi. Kalau jadi lebih teruk, korang akan memerlukan rawatan dengan segera bagi membaiki tongga dan menampal bahagian gigi yang sudah hilang.

MASALAH PEMAKANAN

via GIPHY

Setiap hari mungkin korang akan maka ais lebih banyak daripada makan makanan yang berkhasiat. Itu sangat la tidak baik untuk tahap kesihatan diri kita. Tak kisah sama ada ais yang kita kunyah tu fresh from peti ais atau dari dalam cawan air manis, sekaligus boleh menyebabkan penambahan berat badan pada diri kita.

MASALAH ANEMIA

via GIPHY

Macam yang Ainaa cakap tadi, orang yang gemar mengunyah ais ni akan mengalami masalah anemia iaitu kekurangan zat besi di dalam badan. Komplikasi anemia akan menyebabkan beberapa penyakit iaitu:

  • Peningkatan risiko jangkitan pada kanak-kanak
  • Pembesaran atau kegagalan jantung
  • Pertumbuhan atau perkembangan yang sukar terhadap kanak-kanak

Rasanya kita dah boleh stop kunyah ais dah ni sebab ia jelas bahaya untuk kesihatan. Mungkin untuk permulaan kita boleh slow down ‘aktiviti’ kunyah ais ni supaya lama kelamaan perasaan tu akan hilang dengan sendiri. Good luck kepada kita semua ya!

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Pawagam Dah Buka, Ini SOP Korang Perlu Tahu

Tentukan Playlist K-Music Spotify Korang Melalui Kuiz Personaliti!