in ,

Keburukan Malas Mandi, Sebab No.3 Paling ‘Takut’

Sumber gambar: kautsarrar.tumblr.com

Siapa di sini antara yang tak suka untuk mandi? Sebab korang rasa badan tak berbau, malas mandi, rasa badan itu masih wangi dan lain-lain alasan yang selalu korang bagi? Sebenarnya korang tahu tak yang akibat sikap malas mandi akan beri kesan yang agak bahaya untuk diri kita? Kalau korang tak tahu, jom kita baca apa yang bahaya sangat kalau ada antara korang termasuk dalam team malas mandi.

BAU BADAN

via GIPHY

Pertama adalah bau badan. Ya! Memang sangat bahaya! Bukan saja untuk diri korang, malah orang sekeliling pun akan jadi mangsa. Selain dari itu, disebabkan daki yang melekat pada badan korang itu pun akan menyebabkan bau badan korang kepam. Ada sesetengah orang yang malas mandi, dia sudah terbiasa dengan bau badannya.. jadi dia tak dapat bezakan bau badan sendiri. Tapi orang sekeliling yang akan perasan dan terima bau yang kurang menyenangkan itu!

INSOMNIA

via GIPHY

Selalu sangat tak mandi, selepas itu badan korang tak selesa, akibatnya badan susah nak tidur… Ini sebab kotoran dan habuk yang melekat di badan korang itu akan menyebabkan insomnia. Oleh sebab itu, sebelum nak tidur pun, kita kena mandi untuk buat badan kita rasa lebih selesa. 

KULIT MUKA BREAKOUT

via GIPHY

Bukan sahaja akan menyebabkan hiperpigmentasi pada kulit, malah kulit korang akan alami penuaan dengan lebih cepat dan boleh breakout. Waktu mandi, sudah semestinya kita akan bersihkan wajah kita sekali betul tak? Jadi, sebab itu mandi ini sangat penting! Barulah nanti muka bersih! 

BAKTERIA

via GIPHY

Bila tak mandi, mesti badan korang akan ada banyak bakteria yang melekat. Bila bakteria ada banyak di badan, mesti korang akan mudah terkena penyakit. Iyalah, dah berpeluh setiap masa dan buat banyak aktiviti. Mestilah akan ada bakteria yang melekat. 

Mesti ada di antara korang yang baru realize yang “Oh… patutlah susah tidur…patutlah kulit breakout…”, ini semua sebab tak suka mandi. Selepas ini, bila dah tahu, korang kena rajin mandi okay! Lebih lagi, Malaysia cuacanya panas lembap. Lagilah korang kena rajin mandi tau!

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tips Untuk Tidur Lebih Awal dan Pantas!

Tips Untuk Bersemangat Ke Sekolah Lepas Lama ‘Cuti’