in ,

Kebersihan Diri Dan Sekeliling Penting, Sebab..

Sumber gambar: www.dramabeans.com

Sekarang ini, rasanya sudah ramai yang sudah bijak untuk mengambil tahu kebersihan dan kesihatan sebab keduanya memang saling berkait. Bukan setakat itu sahaja, malah sejak adanya wabak Covid 19 yang merbahaya ini pun, ramai juga masyarakat yang ambil tahu tentang kebersihan dan penjagaan diri sendiri, setuju tak? Jadi, sudah alang-alang itu, kami akan kongsi dengan korang kenapa kalau kita sentiasa bersihkan persekitaran dalam dan luar rumah itu mampu mengelakkan kita ada sebarang penyakit…

KURANG TEKANAN

via GIPHY

Antara salah satu sebab terbaik kenapa kita perlu sentiasa bersihkan rumah adalah ia mampu kurangkan tekanan diri. Perasan atau tidak, bila kita balik rumah dan masuk sahaja bilik yang memang sudah sentiasa bersih dan kemas, mesti hati kita yang dah penat luang masa seharian dari sekolah ke, kerja ke dan sebagainya itu akan terasa lapang sangat kan? Ha! Sebab itu korang kena sentiasa bersih dan kemas rumah okay!Β 

SENTIASA POSITIF

via GIPHY

Selain itu, hidup kita juga akan sentiasa positif sebab bila seseorang pandai menjaga kebersihan sampai ia sudah jadi salah satu gaya dan rutin hidup korang. Pasti, automatik korang pun akan sentiasa positif. Ini sebab kalau kemas rumah, mesti kita akan play lagu dan nyanyi sambil menari sebab nak hilangkan rasa penat itu kan? Hehe!Β 

TIADA SUMBER PENYAKIT

via GIPHY

Jika korang rajin bersihkan pasu rumah ke, tong air yang selalu simpan air itu ke, selalu buang sampah setiap hari dan lain-lain. Percaya atau tidak, sumber penyakit untuk setiap orang yang tinggal dalam satu bangunan dan rumah dengan korang pun susah untuk ada. Sebab, biasanya bila benda yang kotor disimpan terlalu lama, nanti mula akan ada haiwan-haiwan yang nak bertelur dan sebarkan penyakit kat korang.

MAKANAN TERJAMIN

via GIPHY

Bukan setakat itu, malah makanan dan minuman untuk korang makan dan minum setiap hari pun kebersihan dan kualitinya sangat terjamin sebab rumah korang luar dalam sentiasa bersih. Kiranya, makanan dan air yang korang konsum setiap hari itu juga akan buatkan korang lebih sihat dan penghadaman korang pun tidak akan terganggu.

Bukan apa, sebagai manusia kebersihan diri, persekitaran, rumah dan setiap keliling korang itu memang sangat penting. Ia juga adalah salah satu kewajiban yang dituntut dalam setiap agama. Jadi, jangan pernah korang pandang remeh dengan kebersihan. Ini juga akan beri kesan kepada penampilan diri korang, bau badan korang, dan banyak lagi hal penting yang memang kadang-kadang nampak biasa dan mudah itu akan beri impak besar dari segala hal yang korang buat di kemudian hari.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Duduk Rumah Pun Kita Harus Ada Style

Apa Nak Buat Kalau Lupa Berapa Hari Tak Ganti Puasa?