in ,

Kawasan Yang Girls Kena Elak!

Sumber gambar Teen Vogue

Jadi girls ni mesti mencabarkan? Tak boleh jalan sorang, tak boleh jalan gelap, tak boleh balik lambat. Bukan kita takut, cuma kalau jalan seorang tu semangat terus hilang, hihi.. Meh Jija list kan tempat- tempat yang kalau #Lunagirls lalu.. akan patah balik.

LORONG GELAP

Sumber gambar fiksyenshasha.com

#Lunagirls yang duduk asrama mesti akan ada experience lalu lorong macam ni, #Wuuu. Especially kalau malam and korang nak terkencing.. Kejut kawan, ajak teman tak bangun..Terus korang tak jadi kencing, and tahan sampai esok subuh! Kadang bukan ada apa pun, imagination je yang lebih! Korang kan otak kreatif.

KAWASAN LEPAK LELAKI

Sumber gambar cikgushare.com

Ni satu lagi laluan yang kalau korang lalu confirm patah balik. Instinct girls kan kalau lalu je mesti akan patah balik lepas tu tak akan lalu lagi kawasan tu. Sanggup buat u-turn kalau nampak dari jauh. Korang mesti ada kawasan yang korang mark dan tak akan lalu. #Lunagirls share lah  kawasan larangan korang tu!

LORONG ANJING

Sumber gambar sataypanas.com

Jalan atau lorong yang banyak anjing buat kita tak lalu ke situ. Kalau macam ni punya banyak anjing, Jija pun tak akan lalu! Kalau dia kejar, mau lari tak cukup jalan..hihi! Tapi sebenarnya anjing tu tak kacau pun kita. Selagi tak provoke diorang dengan bunyi atau benda, selagi tu korang selamat!

 

DORM KOSONG.

Sumber gambar fiksyenshasha.com

Ni bukan episod seram tau girls.. tapi kalau korang yang duduk asrama, and ada dorm kosong yang ditinggal lama, korang mesti elak lalu kan? Especially, kalau korang terbangun lewat and korang sorang je yang lalu situ! Takutnya… Girls, jangan pandang belakang, dan teruskan perjalanan. Kalau korang dengar apa- apa ke.. Jija nasihatkan jangan pandang! Ala! bukan apa takutlah kot pengawas nak catat nama korang sebab lewat. Hihi.

Girls boleh relate tak tempat-tempat ni. Ke korang ada lagi kawasan yang korang memang tak akan lalu? Kawasan-kawasan gelap macam ni, kalau jalan mesti berteman, takut lah kot ada “orang” lain pulak yang teman, atau korang ni berani? Hihi..

 

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Mimpi Menjadi Kenyataan!

‘Kalis’ Gosip, Aiman Tak Cepat Melatah