in ,

Kawan Yang Tak Boleh Diajak Bergurau? Cuba Buat Ini…

Sumber gambar: Lunaria

Bergurau dengan kawan-kawan memang seronok sebab waktu itu kita boleh nampak reaksi kelakar muka mereka, betul tak? Walau bagaimanapun, tidak semua orang yang boleh deal dengan gurauan kita walaupun dia kawan atau pun keluarga. Hmm, adakah mereka tak chill? Sebab nak gurau sikit pun tak boleh, tapi kita tak boleh judge terus sebab mungkin waktu itu dia memang tengah serabut dan ada masalah yang mungkin kita tak tahu? Jadi, kalau korang ada kawan yang memang tidak boleh diajak bergurau langsung, cuba korang buat ini dulu…

KENALI KAWAN

via GIPHY

Benda yang penting korang perlu buat dahulu adalah korang mestilah kena kenali kawan korang dahulu. Kalau korang semua satu geng memang jenis yang masuk air dan ting tong mungkin memang tak ada masalah sangat tetapi kalau korang geng yang memang sendu dan jarang kecoh itu, korang perlu kenal antara satu sama lain dulu. Iyalah, nanti kalau salah seorang antara korang nak bergurau lebih dan ada yang terasa, ada masalah pula nanti…

GURAUAN RINGAN

via GIPHY

Selepas itu, mungkin dari awal korang berkawan dengan sesiapa pun rasanya boleh saja kalau korang cuba dulu dengan gurauan ringan pada kawan korang. Contohnya, geletek dia dulu ke, cuba prank dia waktu birthday dia ke, cuit-cuit dia tentang crush dia ke dan banyak lagi gurauan ringan yang korang boleh cuba pada kawan korang yang agak sensitif ini dan cuba tengok reaksi dia dahulu. Kalau lama-lama dia dah terbiasa dan tahu korang ini memang suka bergurau, mungkin dia akan okay nanti. 

TAK PERLU LAYAN

via GIPHY

Ini antara cara paling akhir korang boleh buat kalau semua benda tak jadi atau kawan korang itu memang antara orang yang terlalu sensitif. Korang terus tak payah layan dan bergurau dengan dia. Tapi, korang tidaklah sampai putus kawan tapi korang tak perlu bergurau dengan mereka langsung sebab korang ada ramai kawan lain yang boleh diajak bergurau senda betul tak? Nanti awal-awal mesti nampak awkward sikit dan mesti mereka cemburu tengok korang lebih rapat dengan kawan korang yang boleh bergurau itu. Mungkin dengan cara itu, mereka akan okay sahaja dengan gurauan korang lama-lama? Ha! Kita tak tahu.

Jadi, selepas ini korang bolehlah cuba antara tiga cara ini pada kawan korang yang susah diajak bergurau itu. Korang pun kena ingat nak bergurau boleh tapi bukannya bergurau sampai merbahayakan diri korang dan kawan tau! Jangan pula korang sampai buat kawan itu menangis ya! Nanti jenuh nak memujuknya nanti. 

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Nak Diet? Ini Jumlah Kalori Makanan Korang Kena Tahu

Drama Korea Bulan April Harus Tonton!