in ,

Kawan Lelaki Atau Kawan Perempuan Lagi Best?

Sumber gambar: Instagram @nr.ainaaaamzalan

Kawan dengan lelaki ke perempuan yang best? Kalau dengan perempuan banyak kerenah, kawan dengan lelaki senang semua benda okay je. Tapi kalau gaduh susah juga nak handle dua-dua. Then kalau kawan rapat dengan lelaki, nanti dia simpan perasaan pula! Arghhh sudah!

Haaa, susah ke nak pilih berkawan dengan lelaki atau perempuan lagi best? Certain orang lagi suka kawan dengan sama jantina dan ada juga yang lebih memilih untuk kawan dengan yang berlainan jantina sebab katanya lagi mudah nak handle. Bagi kami sendiri, paling penting kena sefahaman dan dua-dua pun best je cuma kalau kawan dengan perempuan kita boleh buat banyak benda sama-sama, then kalau kawan dengan lelaki takut pula ada yang simpan perasaan dalam diam. So how? Korang prefer yang mana agak-agaknya? Since topic ini macam agak menarik, LUNARIA ada tanya pendapat tentang isu ini dekat beberapa orang.

FARAH NABILAH

Sumber gambar: instagram @__farahnabilah

Urmmm.. to be honest lelaki! Hahahahahahahaha cewah to be honest ya… Perempuan pun ada yang best juga tapi tak semualah. Kalau lelaki dia macam chill. Senang faham kalau nak cerita ke apa. Kalau perempuan macam complicated sikit. Tapi kalau perempuan yang senang masuk satu kepala haa zass best gila. Perempuan macam a bit complicated sikit hahahaha kalau gaduh mesti lama nak berbaik kalau lelaki time itu juga dah berbaik. Tapi satu je takut berkawan dengan lelaki nanti tetiba terjatuh hati pulak samada perempuan atau lelaki gitchuw.

AZRUL AMRI

Sumber gambar: Instagram @nr.ainaaaamzalan

Saya sebenarnya prefer kawan dengan lelaki, lepak dengan kawan lelaki sebab kalau nak buat apa pun confirm akan onz je. Lelaki kaki lepak tapi tak ada suka lepak setiap masa. Mostly lelaki kalau berkawan then merka lepak, mesti akan ada topik best untuk diborakkan. Topik perbualan mesti akan ada isi, bukan setakat borak kosong pasal perempuan ke apa ke. Senang lagi kalau berkawan dengan lelaki, tak susah nak ajak pergi mana-mana. Tapi kalau kawan rapat, saya prefer berkawan rapat dengan perempuan dan lelaki, kiranya when it comes to kawan rapat, dua-dua onz! Kalau kawan biasa, lelaki of course. Bukan apa, kalau dah masuk kategori kawan rapat mesti dah sependapat, satu kepala? Macam saya sendiri ada kawan rapat perempuan dan lelaki, kami kalau jumpa memang banyak benda akan dibualkan dan plan yang best! Itu bezanya kawan dan kawan rapat.

NUR ATHIRAH

Sumber gambar: Instagram @Naftiahh

Masa zaman sekolah, Tiah rasa kawan dengan lelaki lagi best berbanding perempuan. Sebab perempuan ada yang gediklah, yang mengada. Lelaki pula masuk air, tak mudah terasa semua. Tapi, bila dah meningkat dewasa (cehh dewasa), Tiah rasa lagi selesa & best kawan dgn perempuan. Dapat pula yang satu kepala. Sebab bila kita ada masalah, boleh terus share tanpa rasa segan, nasihat boleh tukar-tukar. Nak pergi mana-mana holiday boleh ajak kawan perempuan. Parents pun tak kisah sangat kalau keluar sama-sama sebab perempuan so tak ada masalah nak holiday mana-mana asalkan pandai jaga diri. Gedik, kuat merajuk itu dah mmg sifat perempuan. Tapi sendiri kena kawal lah kan. Lain orang lain pendapat, tapi ini pendapat Tiah.

NORMAN HAKIM

Sumber gambar: Instagram @Normanhkm

For me, of course lelaki! Tak payah nak pening kepala nak fikir jaga perasaan. Kalau kawan dengan lelaki, cakap kasar macam mana pun tak ada maknanya dia nak terasa. Kalau ada pun sekejap je ‘merajuk’, dua tiga hari nanti okay. Tapi kalau perempuan, haihh baru salah cakap sikit dah terus nak terasa tersentap. Baru cakap sikit, dia punya merajuk sampai bertahun lamanya. Lagi pula kalau kawan dengan lelaki tak ada nak ambil hati kalau kita kasi teguran. So yeah, kawan dengan lelaki lagi best sebab kita satu kepala semua benda nak buat senang dan paling penting TAK COMPLICATED.

Hmm nampaknya masing-masing ada pendapat sendiri ya. Ada yang prefer kawan dengan sama jantina, ada yang berlainan jantina. Apa pun kata orang berkawan biar beribu, musuh tak payah ada okay!!

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kenali Game Roblox, Game Yang Semakin Digilai Anak Muda

Happy Birthday Jaehyun! Ini Fakta Menarik Tentang Heartthrob NCTzen!