in ,

Kawan Alami Depresi, Ini Cara Kita Boleh Bantu

Sumber gambar: seoulbeats.com

Depresi ini bukan lah sesuatu yang boleh dibuat gurauan sebab kesedihan yang dialami oleh pesakit itu adalah sebuah gangguan jiwa yang memerlukan penanganan yang khusus. Akan tetapi, sayangnya tidak semua diantara kita yang tahu bagaimana cara nak bantu kawan yang sedang mengalami depresi. Disebabkan ramai yang tidak tahu, kawan yang mengalami depresi akhirnya lebih memilih untuk bersendirian dan tidak mendapat sokongan daripada orang terdekatnya. Jadi, korang semua mesti tertanya apa yang perlu kta lakukan kalau kawan sedang mengalami depresi. Berikut adalah cara untuk korang bantu kawan yang ada depresi…

DENGAR CURAHAN HATI

via GIPHY

Untuk pengetahuan korang, kita semua tidak akan pernah dapat membantu kawan, jika kita tidak tahu apa masalah mereka. Maka, antara perkara yang boleh korang buat adalah dengan mendengar curahan hati kawan korang. Korang kena ambil tahu apa yang membuatkan dia begitu tertekan dengan masalah mereka dan buatkan dia percaya dengan diri korang bahawa korang boleh membantu mereka untuk selesaikan masalah. Elakkan juga dengan hal bermain telefon dan memotong apa yang ingin disampaikan oleh kawan korang sebab nanti mereka rasa diri mereka tidak penting.

BERI SEMANGAT DAN KEKUATAN

via GIPHY

Apa yang penting dalam membantu kawan yang sedang depresi adalah korang perlu ingat kekuatan diri mereka. Dalam keadaan yang tengah down, lemah, dan susah untuk berfikir dengan baik. Korang boleh cuba untuk ingatkan kawan korang tentang kekuatan yang dia miliki dan berikan dia semangat. Selain itu, korang boleh cuba ingatkan yang diri dia sangat berharga, kuat dan mampu untuk hadapi semua masalah dan korang kena ingatkan mereka yang korang akan cuba untuk bantu kawan korang ikut kemampuan korang.ย 

BUAT DIA KETAWA

via GIPHY

Menurut beberapa pemerhatian, antara salah satu cara terbaik untuk mengatasi tekanan dan depresi adalah dengan ketawa. Ini sebab sewaktu orang ketawa, akan ada satu hormon yang berfungsi untuk kurangkan depresi. Akan tetapi, korang janganlah buat kawan korang ketawa itu tak kena tempat dan waktu sebab boleh buatkan mereka sakit hati sebab waktu itu mereka sensitif.

HARAPAN

via GIPHY

Selain dari itu, korang juga perlu sentiasa cakap yang harapan itu adalah sesuatu yang pasti. Antara salah satu faktor utama kenapa kawan korang boleh rasa sangat tertekan adalah sebab mereka merasakan hidup ini tiada harapan. Bukan setakat itu sahaja, malah mereka akan rasa hidup mereka buruk sampai tidak akan ada jalan untuk nak perbaikinya. Jika korang ada pengalaman yang serupa atau hampir, mungkin korang boleh kongsi beberapa hal positif atau bagaimana korang boleh survive untuk lalui hal itu dengan bangkit dari masalah tersebut.

BERI DAN CADANG BANTUAN

via GIPHY

Meskipun kita adalah salah seorang kawan terdekatnya, bukan bermakna mereka tidak memerlukan bantuan dari orang lain. Korang perlu memujuk atau mencadangkan pada kawan korang untuk berjumpa dengan pihak yang lebih pakar untuk membantu masalah kawan korang. Jadi, nanti kawan korang akan lebih pulih dengan baik dalam waktu yang lebih cepat. Ingat juga! Jangan pernah abaikan kawan korang dalam masa yang sama dan selalu teman dan beri semangat pada mereka okay!ย 

Ha! Selepas ini korang dah tak ada masalah lah untuk membantu kawan korang yang ada depresi. Senang saja nak bantu asalkan korang perlu lebih memahami apa masalah mereka dan jangan pernah judge orang ya. Sentiasa ingat, kalau kita selalu bantu orang, mesti orang lain pun akan bantu kita walaupun sekecil apa pun masalah kita pada masa akan datang.

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Manfaat Jatuh Cinta Pada BFF Sendiri

Khasiat Sebenar MILOยฎ Yang Mungkin Korang Tak Tahu