in ,

Katakan Tidak Pada Sakit Perut!

Sumber gambar: www.vecteezy.com

Muntah-muntah, cirit birit adalah tanda korang sedang mengalami keracunan makanan. “Eii, bencikan kalau kena” kerja memang keluar masuk toilet je, rasa macam nak terus tidur je dalam tu hihi. Takpe #Lunagirls ni LUNARIA ada senaraikan bahan semula jadi yang dapat melegakan akibat keracunan makanan.

AIR PUTIH

via GIPHY

Korang sendiri tahu yang air putih ni sangat bagus untuk tubuh badan kita. Jadi dalam keadaan macam ni air putih akan mengeluarkan racun dari badan kita melalui urin dan air putih juga bermanfaat untuk mengantikan cecair dalam badan kita yang telah hilang ketika muntah dan cirit birit. Mesti akan rasa laga lepastu!

AIR KELAPA

Sumber Gambar: https://siraplimau.com

Ha! Air kelapa ni mengandungi ion yang diperlukan oleh badan kita seperti zat antidotum yang berguna sebagai penawar racun. Biasanya selepas korang minum air kelapa ni, korang akan berasa mual dan memuntuhkannya kembali, akibat dari  juga  pencernaan kita tidak mahu menyerap makanan yang rosak tu. Oh! Patutlah kalau demam ke apa, mesti mak kita suruh minum air kelapa, banyak kegunaannya rupanya.

MINUM HALIA CAMPUR MADU

Sumber Gambar: https://www.naturalfoodseries.com

Kalau korang nak tahu halia ni dapat merawat masalah pencernaan tau, seperti perut kembung dan juga keracunan makanan. Ia juga mengurangkan rasa muak dan tidak senang perut. Kalau nak cepat baik, campurkan sedikit dengan madu, madu ni kan ada sifat anti bakteria dan ia menambahkan lagi kesedapan dalam minuman.

BUAH DELIMA, APPLE DAN PISANG

via GIPHY

Ketiga-tiga buah ini mampu tau untuk mengatasi masalah keracunan makanan, sebab ia memiliki kandungan enzim yang dapat menghalau dari bakteria yang membiak akibat keracunan makanan. Selain itu, ia mengandungi vitamin dan kandungan yang dapat meringankan rasa sakit pada perut.

Kalau korang dah rasa tanda-tanda keracunan makanan, cepatlah ambil bahan yang LUNARIA senaraikan ni. Selain tu, sebelum makan kenalah check dulu makanan tu bersih ke tak, ada benda-benda yang tidak menyenangkan ke di sekelilingnya. Kalau dah pasti baru makan tau girls!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Baju Raya Terkena Rendang? Guna Tips Ni…

OMG! Mata Makin Rabun.. Nak Buat Apa Ni?!