in ,

Kata-Kata Terbaik Cerita Spongebob Untuk Dijadikan Contoh

Sumber gambar: artstation.com/artwork

Dekat sini, mesti ramai diantara korang yang minat dengan cerita kartun Spongebob Squarepants kan? Dalam gelak ketawa waktu korang menonton cerita Spongebob Squarepants itu, mesti korang tak perasan pun kan beberapa kata-kata inspirasi dari dialog karakter cerita Spongebob Squarepants sebab selalunya kita lebih fokus dengan kecomelan gelagat mereka kan? Okay tak apa, kali ini jom kita tengok beberapa kata-kata motivasi dari cerita ini yang boleh kita buat pegangan hidup! Hehe! 

SAYA PENAT PURA-PURA

Sumber gambar: pinterest

Dalam cerita Spongebob, Patrick Star ada cakap bahawa dia sangat penat berpura-pura untuk menjadi orang lain. Ya, disini kita perlu tahu bahawa kita memang wajib untuk yakin pada diri sendiri dan korang tidak perlu pun try hard untuk menjadi orang lain semata-mata untuk mendapat perhatian dari orang. Just be yourself dan mesti ramai orang akan terima dan selesa bila berkawan dengan korang. 

TEMAN ADALAH KEKUATAN

Sumber gambar: rebloggy

Sekali lagi, Patrick ada cakap bahawa teman itu adalah kekuatan. Untuk pengetahuan korang, dalam cerita Spongebob, Patrick dan BFF dia Spongebob memang akan selalu ada antara satu sama lain dan sentiasa sokong each other untuk mereka dapatkan sesuatu dan jadikan diri lebih maju. Memang tidak dinafikan, kita semua memang memerlukan seseorang teman sejati untuk jadi lebih kuat dan berjaya dalam hidup. Korang setuju tak dengan Patrick?

BUKAN SEMUA EMAS ITU SELALU BERKILAU?

Spongebob Squarepants sendiri pernah cakap bahawa tidak semua emas itu selalunya berkilau. Maksud Spongebob di sini adalah, tidak semua benda yang baik pada orang itu adalah sesuatu yang baik untuk kita. Contohnya, kalau korang tengok produk kecantikan yang dijual di pasaran sekarang. Ada yang sesuai untuk ramai orang tapi tak semestinya produk itu baik untuk diri korang guna. Lebih kurang begitu lah perumpamaannya. Hehe! 

BERFIKIR SEBELUM BERTINDAK

Sumber gambar: spongebob.fandom

Ya! Ini memang betul sangat! Bak kata Encik Polis Bikini Bottom dalam cerita Spongebob adalah “lain kali berfikir dahulu lah sebelum kamu bertindak” ini memang wajar kita semua ikut sebab kalau korang buat sesuatu, berfikir dahulu apa kesan baik dan buruknya. Jika lebih banyak kesan buruk, sebaiknya korang tidak perlu buat tapi kalau banyak yang baik untuk korang, buat lah sehabis mungkin, ha gitu… 

WAKTU ITU ADALAH DUIT

Sumber gambar: pinterest

Kalau bab duit dalam cerita Spongebob ini, tak lain tak bukan adalah Encik Krab lah kan? Encik Krab pernah cakap yang waktu itu adalah duit, jika kita selalu siakan waktu kita, maknanya kita ibarat membuang duit kita lah. Ya, mesti ramai yang setuju dengan Encik Krab sebab akan buatkan diri kita sendiri rugi sahaja sebab membazir.

Woah! Walaupun kadang-kadang gelagat mereka agak mengarut dan tak masuk akal dari pandangan kita tetapi semua quotes dari semua karakter dalam cerita Spongebob Squarepants ini memang mampu beri pengajaran dan moral dalam hidup kita. Jadi, selepas ini kalau korang tonton Spongebob Squarepants, korang boleh lah ambil juga beberapa pengajaran okay! Hehe! 

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

6 K-Drama Terbaru Bulan Mei 2020 Harus Tonton

Drama Best Layan Waktu Bulan Ramadhan