in ,

Kata BFF Tapi Kenapa Kena Perangai Buruk Macam Tu?

Sumber gambar: https://www.adv4life.com/article/how-to-break-up-with-a-bad-friend/

Sikit-sikit nak merajuk, cakap sikit je lepas tu tarik muka. Kata kawan tapi semua benda nak sentap macam mana ni?

Rimas kalau kawan sendiri suka nak merajuk tak tentu pasal. Sampaikan kita dah give up nak terus berkawan kalau macam tu. Ainaa pernah ada seorang kawan perangai macam ni.. Ā Untuk elakkan korang terus rasa annoying macam tu, Ainaa akan share dengan korang ciri-ciri kawan yang patut kita elak daripada terus berkawan.

BATU API

Sumber gambar: http://egiyogindra-adhitya.blogspot.com/2016/02/batu-ini-rupanya-router-wifi-bertenaga.html

Dalam persahabatan, saling support antara satu sama lain ialah benda yang paling penting sekali. Tapi tak bermaksud kawan ada hak untuk jadi batu api kalau kita tengah bergaduh dengan someone. Dapat pula kawan tu memang suka tengok kita bergaduh, lagi seronok la dia nak bagi kita rasa marah. Dia seronok, kita pula yang sengsara sbb bergaduh dengan orang lain..

CAKAP BESAR

Sumber gambar: https://www.jurnalpublik.com/2018/05/13/cakap-besar/

Satu lagi ciri kawan yang kita memang kena elakkan ialah jenis suka cakap besar, dia seorang je yang hebat dekat situ. Sikit-sikit boleh la tahan lagi tapi kalau hari-hari kena mengadap macam tu, kita pun rasa annoying. Silap hari bulan korang pula yang nampak jahat sebab cakap belakang tentang kawan yang seorang tu. Minta dijauhkan la kawan macam ni ya.

CARI BILA SUSAH

Sumber gambar: https://nurzahirahfarhani3.blogspot.com/2017/08/ciri-ciri-kawan-yang-harusperlu-kita.html

Bila dia tengah happy, tak nampak batang hidung pun. Bila tengah dalam kesusahan perlukan bantuan, kita la orang pertama yang dia cari. Tapi bila kita susah, dia pula hilang daripada radar. Tambah lagi waktu dia tengah susah, desak kita pula untuk tolong dia. Hmm.. harap bersabar ya girls.

MULUT TEMPAYAN

Sumber gambar: http://orkedwangipunyacerita.blogspot.com/2011/06/kenapa-kita-suka-dengar-cakap-orang.html

Kita ingat dia la BFF sejati, susah senang bersama. Rupa-rupanya semuanya tipu belaka… Baru kongsikan satu rahsia dengan dia, sekali satu kelas dah tahu tentang apa yang korang bagitahu dekat dia. Tak cukup dengan tu, dia tokok tambah pula. Geram je rasa hati ni tau kalau kena macam tu.

Sabar ya girls, benda macam ni memang tak boleh nak lari dah. Cuma satu je Ainaa nak pesan, kalau korang tak nak orang lain buat macam tu, korang pun jangan berperangai sebegitu ya. Sama-sama kita jadi kawan yang berguna!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Benda Tak Boleh Share Dengan Crush!Ā 

Nak Bela Haiwan Liar Kena Ada Lesen Sah!