in ,

Kenapa Kasut Sekolah Kotor? Pemalasnya!

Sumber Gambar: https://www.verywellfit.com

Ha! Weekend lepas korang cuci kasut tak? Mesti mak ‘nyanyi’ sepanjang masa kan? Haha! Kalau tak ada orang dekat rumah.. bolehlah campak kasut tu dalam mesin basuh je! Tapi #Lunagirls, jangan buat macam tu tau.. cepat rosak mesin basuh nanti! Jom LUNARIA share tips and tricks cara untuk maintain kasut sekolah korang supaya bersih dan putih!

JANGAN CUCI KETIKA BASAH

via GIPHY

Biasanya kalau kasut kotor atau pun berlumpur, kita terus campak masuk dalam baldi. Alahai #Lunagirls, jangan buat macam tu tau, make sure kasut korang kering dulu. Lepas je kering, terus ambil tisu dan berus dan sental semua lumpur-lumpur degil tu! Cara ni lebih berkesan, taklah sebab satu tempat je kotor, yang lain pun kotor juga.

LILINKAN

Sumber Gambar: https://sinar.my/

Ha! Kalau sebelum ni korang hanya lilinkan tudung untuk biar terbentuk dan cantik, apa kata kita lilinkan kasut untuk stay putih dan kalis air! Bila kasut basah memang senanglah kotoran dan debu menyerap.. Tapi benda ni korang boleh buat masa first time je, masa kasut tu baru keluar dari kotak dan suci dari kotoran!

GUNA SABUN MANDI

Sumber Gambar: https://www.royalfashionist.com

Selalu korang basuh guna sabun apa girls? Atau main sental je guna air? Hihi! Actually pemilihan sabun ni pun penting tau, sebab penggunaan sabun seperti sabun basuh baju dapat menyebabkan warna kasut bertukar dan cepat merosakkan fabrik kasut! So korang guna je sabun mandi, sebab sabun mandi takkan melekat jadi senang dibersihkan.

BAKING SODA DAN CUKA

via GIPHY

Kalau dah sental masih kotor juga, #Lunagirls guna baking soda dan cuka! Sebab baking soda merupakan pembersih semula jadi, dan manakala cuka pula dapat kurangkan pembiakan kulat dan bakteria! Selain itu, kedua ni bahan ini dapat menyerap bau tau! Jadi kaki korang takkan berbau.. Plus point!

UBAT GIGI

Sumber Gambar: https://www.wikihow.co

Siapa pernah tengok life hack pasal ubat gigi ni mesti korang tahu yang ia boleh buat kasut putih! Caranya mudah je #Lunagirls, korang ambil berus gigi lama dan letakkan ubat gigi.. Kemudian berus je macam berus gigi, dan terus bilas! Tadaa! Dah putih, Ummi pernah buat benda ni memang menjadi girls..

Jadi apa lagi #Lunagirls cubalah salah satu tips and tricks yang LUNARIA kongsikan weekend ni! Kalau berkesan, jangan lupa komen dan share dengan Ummi tau! Harap perkongsian ini dapat memudahkan hari minggu korang semua ya!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Pernah Ada Emergency Kit Tak?

Hijabister Pun Boleh Pakai Subang Tau!