in ,

Kasut Sekolah Kotor? Ini Bahan Penyelamat Korang!

Sumber gambar: https://www.pinterest.com/pin/561753753492557553/?lp=true

Aduhh, tak sampai seminggu pakai kasut sekolah ni, habis kotor pula. Dah la tak beli lagi kasut sekolah warna hitam. Urghh!

Since tahun ni belum lagi dikuatkuasakan peraturan kasut hitam ke sekolah, mesti ada lagi antara #Lunagirls yang still pakai kasut sekolah warna putih kan? Ada yang stress nak jaga supaya bertahan bersih sampai hari Jumaat ni? Jangan risau sis sekalian, Ainaa sedia membantu untuk kekalkan warna kasut korang tu dengan hanya menggunakan…

PEMADAM ATAU CUKA

Image result for pemadam dan kasut
Sumber gambar: https://siraplimau.com/cara-basuh-kasut-sekolah-putih/

Siapa je suka kalau nampak ada kesan kotor dekat tepi kasut tu? Biasanya kalau kena lecak sikit confirm hitam la dekat area tu. But it’s okay, korang boleh gunakan pemadan atau cuka untuk gosokkan dekat bahagian yang kotor. Confirm kesan kotor akan hilang dan kasut nampak macam baru basuh!

NAIL POLISH WARNA PUTIH

Image result for nail polish warna putih
Sumber gambar: https://id.carousell.com/p/kutek-warna-putih-100058914/

Bukan setakat boleh mencantikkan kuku je, tapi polish pun mampu untuk tutup cela dekat kasut putih korang tu. Sekali calit pun dah boleh hilangkan kesan kotor tu. Tapi cara ni untuk sementara je la, hujung minggu still korang kena basuh juga kasut tu. Make sure pakai nail polish warna putih ya, jangan warna pink pula! Nanti kena kejar dengan cikgu disiplin!

GUNA AIR SUAM

Image result for rendam kasut
Sumber gambar: http://www.permatacintaku.com/2015/02/basic-h-rendam-kasut-sekolah.html

Biasanya kalau kita basuh kasut mesti pakai air biasa dekat bilik air tu kan. But actually, untuk nampakkan lagi hasil yang berkesan dan hilangkan kotoran dengan lebih cepat, gunakan air suam atau air panas waktu basuh kasut. Air suam sesuai untuk tanggalkan kotoran dengan lebih mudah berbanding air suhu biasa. Kira bacteria lagi rasa takut la dengan air panas tu, hehe!

BERUS GIGI

Sumber gambar: https://siraplimau.com/cara-basuh-kasut-sekolah-putih/

Harini dah Isnin, esok mesti ada yang gatal kaki nak pijak kasut sekolah korang kan! Before benda tu terjadi, korang boleh prepare diri awal-awal ya girls. Gunakan berus gigi untuk tanggalkan kotoran dekat tepi-tepi kasut tu. Takkan nak basuh satu kasut, mesti lama nak tunggu kering kan? So, cara ni la yang berkesan dan paling mudah! Ainaa suka guna cara ni sebab tak perlu nak makan masa yang lama untuk tunggu kasut kering.

Lepas ini tak ada lagi alasan untuk biarkan je kotoran dekat kasut tu. At least bila kasut bersih, baru la orang suka tengok penampilan kita. Takkan uniform sekolah je cantik tapi kasut kotor berlecak? Pening crush tengok kita nanti! Opss!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Peraturan Untuk Sorok Pipi ‘Extra’

Pakai Lipstick Nude Nampak Pucat? Ikut Cara Ni!