in ,

Kantin Sekolah Cantik Seperti Hotel 5 Stars

Sumber gambar: Vitdaily

Bosanlah dekat kantin sekolah, asyik makan mihun goreng je tak pun nasi lemak. Nak juga makan macaroni carbonara as breakfast. Fuhh mesti best tau!

Just imagine kalau kantin sekolah korang dihias sepertiΒ cafe hotel. Mesti best, cantik dan ramai yang melepak dekat kantin setiap hari. Asal tak ada kelas je mesti lepak dekat kantin, tak ada dah nampak ramai student melepak dekat belakang makmal, depan toilet atau kawasan koperasi sekolah.

Beberapa hari lepas ada beberapa keping gambar viral sekali lagi apabila gambar tersebut menunjukkan keadaan kantin sekolah yang kelihatan seperti decoration dekat hotel mahal. Padahal itu kantin sekolah ya bukan kafe hotel di mana-mana.

Sumber gambar: Vitdaily

Difahamkan pengusaha kantin tersebut iaitu Mohd Fahmi Ahmad memberitahu semenjak dia dan isterinya ambil alih kantin tersebut pada Disember lepas, mereka telah mengambil keputusan untuk menghias kantin sekolah tersebut. Kalau korang nak tahu, sebanyak RM50,000 telah dihabiskan untuk mengubah suai kantin tersebut menjadi cantik macam sekarang. Memang cantik pun tau, sama macam dekat kafe mahal.

Apa yang lagi best ialah kesemua harga makanan di kantin tersebut ialah dibawah RM2 sahaja. Ya! Murahnya harga makanan. Rasa macam nak masuk sekolah balik. Bukan jauh pun sekolah tersebut, dekat utara je. Dikatakan ia adalah kantin sekolah di SK Pauh Jaya, Pulau Pinang dan satu lagi dekat SMK Aman Jaya, Sungai Petani, Kedah.

Sumber gambar: Vitdaily

At the same time, mereka juga menyediakan banyak pilihan makanan untuk para guru dan pelajar. Pilihan makanan pula bukan setakat makanan biasa, western food pun ada juga ya. Wah, dah macam dekat kafe hipster. Nasib baik harga murah, boleh merasa makan dekat kantin sekolah. Tapi ikutkan apa yang Ainaa baca di social media, kantin itu hanya dibuka untuk guru sahaja. Ada juga bahagian kantin dibuka untuk pelajar which is dekat SK Pauh Jaya.

Bukan itu je ya girls, pilihan makanan juga disusun rapi dekat atas meja bagi memudahkan pelajar mengambil makanan. Ikutkan gambar yang ada, nampaknya ada nasi ayam, sandwich, nasi goreng paprik, mee kari dan macam-macam lagi. Haihh rasa lapar pula tengok banyak pilihan makanan ini.

Sumber gambar: Vitdaily

Tak mustahil kalau bahagian yang cantik itu hanya dibuka untuk guru, sebab takut baru dua tiga hari dah rosak segala macam perabut yang disediakan. Biasa kalau dah ramai sangat yang datang ‘menyerang’, tak mustahil keadaan akan jadi kucar kacir. Bagus juga bila mereka buat konsep macam itu, at least cikgu pun dapat makan dalam keadaan yang tenang lepas sakit kepala mengajar student dekat kelas.

Tapi bukan bermaksud bahagian makan student tak cantik, sama juga cantiknya. Cuma standard macam kantin sekolah yang lain, melainkan ada sedikit dekorasi dan warna cat yang agak menarik serta lain daripada lain. Teringin pula nak melawat ke sekolah ini sebab nak tengok sendiri keadaan kantin yang cantik.

Ada certain netizen tinggalkan komen negative yang mana memberitahu sekiranya kantin itu ialah di sekolah mereka, confirm dah rosak tak sampai seminggu sebab semua student nakal. Ala, tak baik tau cakap macam itu. Boleh jadi kalau konsep tersebut berada di mana-mana sekolah, korang mesti boleh jaga keamanan kantin. Apa pun semoga cara pengusaha kantin ini dijadikan contoh untuk pemilik kantin sekolah yang lain. Mana tahu lepas ini semua kantin sekolah dekat Malaysia cantik macam dekat hotel. Mesti best, boleh ambil gambar dan berbangga dengan sekolah sendiri!

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments