in ,

Kang Daniel Depress, Umum Undur Diri Seketika

Sumber gambar: thestar.com.my

Satu demi satu masalah depression melanda bintang K-Pop. Mula dengan kes bunuh diri Kim Jong Hyun, after that Sulli, Go Hara dan ramai lagi. Kenapa semua boleh jadi sebenarnya?

Kalau korang nak tahu, masalah depression ialah masalah utama dan makin popular di dunia sehinggakan telah membimbangkan ramai orang. Latest, bekas anggota kumpulan Wanna One, Kang Daniel ada keluarkan statement yang mengejutkan ramai fans.

Dengarnya sekarang ini Kang Daniel akan berehat sekejap daripada dunia seni sebab dia terima banyak sangat kecaman daripada netizen sampai ada yang keluarkan kata-kata kesat terhadap diri dia. Dengan itu, dia decide untuk berehat sekejap daripada dunia seni. Perkara ini mula terjadi apabila Kang Daniel tiba-tiba decide untuk batalkan rakaman dengan sebuah rancangan muzik disebabkan mengalami kesihatan mental yang semakin merosot. Alahai.. kesiannya dia!

Image result for cute kang daniel
Sumber gambar: ourdaniel

At the same time, perkara itu pun dah disahkan sendiri oleh agensi dibawah naungannya iaitu KONNECT Entertainment. Rupa-rupanya Kang Daniel sudah alami masalah tekanan sejak awal tahun ni. Punca utama kenapa dia alami tekanan ialah disebabkan kes mahkamah dan saman-menyaman antara dia dan bekas majikannya iaitu LM Entertainment.

Disebabkan hal itu juga, segala aktiviti seni Kang Daniel akan dihentikan buat sementara waktu dan bagi pihak agensinya sendiri, mereka memohon maaf atas apa yang berlaku dan sentiasa berharap agar fans akan tetap sokong Kang Daniel walaupun dia decide untuk berehat buat seketika. Mungkin ini yang terbaik untuknya, daripada benda jadi lebih teruk, baik dia berehat sekejap dan buat comeback semula bila semuanya dah kembali kepada normal.

Related image
Sumber gambar: koreaboo

FYI, before this ada berita yang dikatakan Kang Daniel tengah hangat bercinta dengan salah seorang anggota kumpulan Twice, iaitu Jihyo. Katanya mereka sudah jalinkan hubungan since awal tahun ini cuma masing-masing merahsiakan hubungan tersebut. Tapi sampai sekarang tak ada berita tentang kisah cinta mereka. Maybe ada sebab kenapa masing-masing ambil keputusan untuk rahsiakan hubungan itu.

Cuma waktu kisah percintaan mereka viral dan diketahui umum, Kang Daniel tak putus terima kecaman sejak dia mengishtiharkan hubungan istimewa dia dengan Jihyo waktu Anugerah Cakera Emas Tahunan ke-35 pada 5 Januari lepas. Boleh jadi juga situasi itu effect diri dia sampai sekarang.

Sumber gambar: kstarlive

Tapi baru-baru ini Kang Danial menang anugerah waktu Show The SBS MTV dan dia juga ada buat performance. Tapi waktu itu dia sempat meluahkan rasa kecewa terhadap komen negative yang dia terima sepanjang tahun di salah satu website khas untuk fans dia. Dia meluahkan betapa dia penat untuk bergelut dengan segala khabar angin di sekeliling dan kebencian yang diterima daripada anti-peminat dia sendiri. Kesiannya Kang Daniel!

Mujur ramai lagi fans tak putus-putus bagi kata-kata semangat pada penyanyi muda berusia 23 tahun itu. Harapnya dengan keputusan dia untuk berehat ini akan buat dia rasa tenang dan peroleh semula semangat untuk teruskan kerjaya seninya. Semoga lepas ini tidak ada lagi berita tak best tentang artis Korea. Sedih pula rasanya bila ramai yang ambil ‘jalan yang sama’.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kelebihan Kerja Part Time Jaga Zoo!

5 Sebab Kenapa Wajib Pergi Penang Waktu Cuti Sekolah