in ,

Kanak-Kanak Kerdil Mangsa Buli Didakwa Penipu?

Sumber gambar: Dailymail.co.uk

Gejala buli selalu sangat terjadi. Tak kisah sama ada ia berlaku di Malaysia atau luar negara sekali pun. Rasanya isu buli telah menjadi satu isu yang ‘wajib’ berlaku di mana-mana walaupun kita dah cuba untuk cegah atau halang daripada terjadi.

Banyak isu buli di Korea yang terjadi sehingga ada yang membuatkan si mangsa nekad untuk membunuh diri. Just imagine kalau kita orang besar pun tak boleh handle dengan gejala buli, inikan pula budak kecil. Boleh ke mereka nak hadapi bila kena buli dengan kawan-kawan yang lain? Sampai mereka sendiri rasa nak bunuh diri? Budak umur sembilan tahun boleh buat keputusan untuk membunuh diri? Apa yang mereka lalui sebenarnya sampai macam tu sekali?

Kalau korang perasan baru-baru ini tular di Twitter ada satu video seorang kanak-kanak kurang upaya menangis dan mengadu kepada ibunya bahawa dia nak bunuh diri sebab selalu kena buli di sekolah. Video tersebut dirakam oleh ibunya sendiri bernama Yarraka Bayles yang mana anaknya, Quaden menghidap penyakit Dwarfisme (penyakit tubuh badan agak kerdil berbanding usia sebenar). Disebabkan itu, dia sering dibuli dekat sekolah hanya kerana paras rupanya yang lain daripada lain.

Video tersebut telah tular di seluruh dunia sehingga mendapat tontonan ramai orang dan ramai juga yang bersimpati dengan nasib yang menimpa budak lelaki tersebut. Orang ramai menganggap bahawa isu buli ini sepatutnya dihentikan lebih-lebih lagi terhadap anak kecil sebab mereka masih kecil untuk hadapi situasi berat seperti ini.

Disebabkan video tersebut telah viral satu dunia, seorang pelawak terkenal iaitu Brad William telah memberi kepadanya wang sebanyak USD150,000 which is hampir RM70 ribu kerana tidak mahu kanak-kanak malang itu terus berasa sedih. Bukan itu sahaja, dia juga telah menubuhkan tabung GoFundMe dan berhajat untuk membawanya ke Disneyland! Wahhhh seronoknya dapat pergi Disneyland!

Tapi, dalam kita semua rasa kasihan dekat ‘si kecil’ itu, sebenarnya ada kisah yang tak disangka-sangka berlaku. Rupa-rupanya ada dakwaan mengatakan bahawa ibu kepada Quaden itu seorang penipu yang menggunakan kelemahan anaknya demi meraih simpati dan mendapatkan duit daripada orang ramai! Ada juga yang mengatakan bahawa usia sebenar Quaden bukanlah 9 tahun tetapi 18 tahun!

Bukan itu sahaja, dia juga dikatakan seorang pelakon dan instafamous?! Lebih menguatkan lagi kenyataan itu apabila portal Astro Awani ada menyiarkan temuramah yang dibuat pada tahun 2015 yang mana menunjukkan temuramah dia dan ibunya berkenaan penyakit yang dihadapinya. Ketika itu usianya baru sahaja 4 tahun, so betul la sekarang ni dia sudah berusia 9 tahun. So fakta yang mengatakan dia berusia 18tahun itu salah sama sekali. Cuma part instafamous mungkin betul sebab dekat Instagram dia gambar semua pakai barang branded dan agak ramai juga followers dia.

Cuma dekat sini bila ramai yang dah buat research, ada yang mengatakan yang dia sememangnya berusia 9 tahun, bukannya 18 tahun seperti yang didakwa oleh seorang individu ini. Tapi dia dan ibunya pun tak ada keluarkan apa-apa kenyataan berkenaan isu ini. So, tak tahu nak percaya mana satu betul dan mana satu salah. Tak tahu sama ada kita kena scam atau dia memang kena buli dekat sekolah. Apa pun, jauhi gejala buli. Jangan sesekali buli orang sebab kita tak tahu apa kesannya kepadaΒ si mangsa.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Makanan Yang Sesuai Semasa Puasa Ganti Di Sekolah

Lepasan SPM 2019! Jangan Lupa Mohon Kemasukan Universiti!