in ,

‘Kalis’ Gosip, Aiman Tak Cepat Melatah

Sumber gambar: Instagram Aiman Tino

Ku Rela Dibenci? Permata Hati? Ku Hanya Sayang Padamu? Mana satu agaknya lagu Aiman Tino yang korang paling suka sampai boleh hafal lirik? Korang mesti tahu yang karier seni Aiman bermula lepas dia habis SPM, tapi ada beberapa perkara tentang Aiman yang maybe korang tak tahu lagi. Let’s check it out sama-sama~

ADA ‘KEMBAR’ PEREMPUAN

Kata orang tua-tua, setiap orang ada 7 ‘kembar’ dekat dunia ni. Nampaknya Aiman Tino berjaya jumpa ‘kembar’ yang mukanya lebih kurang dengan Aiman. Bila dah ramai sangat cakap muka Aiman dan Nur Syafiqah Abdul Rahman sama, diorang decide untuk berjumpa dan selfie sama-sama. Now korang tengok agak-agak sama tak muka diorang ni? Kata orang kalau muka sama ni jodoh? Hehe!

50 JUTA TONTONAN YOUTUBE

Bukan senang tau girls nak ‘tangkap’ 50juta orang untuk tengok our video dekat Youtube. Lagu Aiman paling hit iaitu Ku Rela Dibenci berjaya peroleh 50 juta tontonan sejak dimuat naik pada tahun 2016 yang lepas. Tapi bukan muzik video ni je yang hit, kebanyakan lagu Aiman memang dapat sambutan ramai.

ADA 11 ORANG ADIK BERADIK

Sumber gambar: https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2017/07/27/aiman-tino-adik

Fuhhh, berpeluh bila dapat tahu yang Aiman ada seramai 11 orang adik beradik dan dia anak yang ke-4. Mesti meriah dekat rumah bila berkumpul satu family! Haha! One of his sister, Fara Hazel turut ceburi dunia nyanyian. Both of them juga ada duet sama-sama dalam lagu iaitu Terasa Cinta.

GOSIP

View this post on Instagram

✌🏽

A post shared by Manno (@official_aimantino) on

Kalau cakap soal gosip, Aiman bukan la orang yang cepat melenting bila ada cerita yang tak baik pasal dia viral. Before this pun Aiman terpalit dengan gosip kononnya dia ditangkap khalwat. Baru-baru ni pula nama Aiman sekali lagi naik bila ada satu video lucah yang menunjukkan seorang lelaki persisi dirinya. Before issue tu jadi lagi teruk, Aiman sendiri dah keluarkan statement yang lelaki tersebut bukan dirinya. So lepas ni korang boleh stop sebarkan berita palsu tau.

BTW #Lunagirls nak tak jumpa Aiman face to face? Maybe boleh menyanyi atau selfie dengan dia ke? Apa kata ajak your family and friends datang ke MAEPS, Serdang sempena HOTFM Big Jam pada 30 Mac ni! Selain Aiman, ada ramai lagi artis jemputan yang bakal perform pada malam tu. Tunggu apa lagi girls? Jom la join sekali, sebab LUNARIA pun akan ada dekat sana!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kawasan Yang Girls Kena Elak!

Semua Benda Rasa Tak Kena… Me Time Please 😭