in ,

Kali Pertama Shopping Online? Senang Je..

Sumber gambar: gigaom.com

Hi #Lunagirls! Selalu korang tengok kakak dan abang shopping online macam senang kan? Tapi takut nak cuba..kalau tersalah macam mana? Penjual online tu boleh percaya ke? Dan s elalunya beli online lebih murah daripada beli dekat kedai. It’s okay, harini LUNARIA akan share tips untuk #Lunagirls yang masih tak tahu macam mana nak beli barang online!

DAPATKAN KEBENARAN IBU BAPA

via GIPHY

Sangat penting untuk #Lunagirls minta permission dengan parents dulu tau! Nanti kalau parcel tak sampai atau kena pergi ambil barang dekat pejabat pos boleh minta tolong parents! Hehe!

BACA REVIEW

via GIPHY

 #Lunagirls kena tengok dan baca review tentang penjual online dan produk yang dijual sebelum buat pembelian tau? Sekarang ramai penjual scammer, jaga-jaga okay girls! Bila korang dah yakin seller online tu legit, barulah buat pembelian!

BUAT PEMBAYARAN

via GIPHY

Sebelum ni, kalau beli barang online  kena pegi bank untuk buat CDM iaitu Cash Deposit Machine, tapi sekarang buat melalui online je! #Lunagirls boleh minta tolong parents atau abang kakak untuk buatkan pembayaran online, nanti korang bagi cash jumlah bayaran dekat diaorang okay? Hehe!

MINTA TRACKING NUMBER

Apabila dah selesai buat pembayaran, pastikan #Lunagirls minta daripada seller tracking number untuk parcel korang okay? Tracking number ialah nombor siri untuk jejak barang ada dekat mana.. Kalau seller lambat bagi, keep on tanya dia okay? Hehe!

via GIPHY

SELALU MINTA UPDATE DARI SELLER

Kalau barang masih tak sampai dan korang dah check tracking number pun masih sama, terus contact seller untuk tanya update bila barang akan sampai. Seller akan bantu #Lunagirls untuk track parcel okay?

Senangkan #Lunagirls? Tapi make sure sebelum beli apa-apa produk online, minta pendapat daripada parents and jangan terus beli tau! LUNARIA harap tips ni dapat membantu korang, happy shopping girls! Hihi!

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Alaa, Janganlah Luahkan Perasaan Di Media Sosial…

Finally It’s Weekend! Jom Cuba Aktiviti Ni!