in , ,

Kalau Nak Menang Main Apex Legend, Guna Karakter Ni….

Sumber Gambar: https://www.youtube.com

#Siapa antara #Lunagirls yang main Apex Legends? Wuuu, #Girlpower! Bagi yang tak tahu Apex Legends ni hanya ada dekat PS4, dan gameplay sama je macam PUBG. Korang yang main Apex Legends tu, selalu guna karakter apa? Erm! Ke masih tercari-cari karakter yang sesuai? Ha! Meh Ummi cerita sikit pasal kelebihan dan kebolehan setiap karakter Apex Legends ini.

BLOODHOUND

Sumber Gambar: https://culturedvultures.com

Karakter ini adalah class tracker, dia ni boleh cari player dan bergerak tanpa meninggalkan kesan tau. Fuh! Bahaya betul kalau lawan korang main pakai dia ini, sebab dia boleh trace korang walaupun korang menyorok. Dia ni laju dan ada pemerhatian yang luas, sebab tu players selalu panggil dia “Beast of the Hunt”.

GIBRALTAR

Sumber Gambar: https://gamewith.net/

Bagi yang suka main ikut nafsu yang selalu nak war, nak kill dan tak kisah siapa lawan, korang boleh guna Gibraltar ini. Sebab karakter ni mempunyai ketahanan yang kuat, shield yang kuat sehingga boleh menepis setiap peluru. Kuat teruk ini, boleh lah cuba lepas ini girls!

LIFELINE

Sumber Gambar: https://www.fanbyte.com

Lifeline ini kira macam lifesaver, sebab ia membantu sembuhkan kawan yang cedera dalam battle royale ini. Dia gunakan drone untuk trace kawan-kawan dia yang cedera. Tapi at the same time, dia ni boleh je nak berlawan cuma tak kuat sangat.

WRAITH

via GIPHY

Karakter ini lebih suka menyerang dari bertahan, tapi dia serang dengan strategi okay! Dia juga dipanggil “Into the Void” sebabnya dia boleh jadi halimunan dan kebal, tapi dalam masa yang singkat je. Walaupun sekejap je invisible, tapi inilah masanya untuk korang lari dari peperangan, sebab tu penting ada strategi sebelum gunakan dia ini.

BANGALORE

Sumber Gambar: https://www.reddit.com

Bangalore ini adalah tentera yang mempunyai kebolehan menembak sambil berlari. Jaga-jaga ya bila berjumpa dia ini, sebab kalau dia dah jumpa weapon yang sesuai dengannya macam meriam. Korang takkan berani dekat, sebab kuasa dia akan bertambah.

CAUSTIC

Sumber Gambar: https://www.gamerevolution.com

Hati-hati Caustic ini boleh perangkap atau bunuh korang dalam senyap dengan gas beracun. Bila terkena gas yang di pasang, korang takkan nampak apa-apa, hanya dia je yang nampak korang dan apa lagi, kena tembak lah dengan dia! Tengok je lah pakaian dia, no wonder dia boleh duduk dalam gas.

MIRAGE

via GIPHY

Mirage ni karakter yang mempunyai strategi dan boleh memerangkap musuh. #Lunagirls nak tahu cara dia perangkap musuh tak? Dia ni akan umpan guna “Holography Decoy”, which is a clone yang menampakkan dia dah mati tapi sebenarnya tak, dalam diam dia menyorok dan bersedia untuk menyerang.

Sekarang dah tahu kan karakter mana yang sesuai dengan korang? Jadi boleh lah kita berlawan dan jadi champion! Bagi yang baru nak mencuba tu, boleh lah cuba semua karakter ini. Yelah! Kenalah cari karakter yang sesuai, baru boleh menang..

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Sebelum Dikecam Lebih Teruk, Ini Sebab Haqiem Rusli Tarik Semula Hasrat Membuat Laporan Polis

Bila Senggugut Datang Menyerang