in ,

Kalau Korang Berani Cuba Tonton Video Ini Di YouTube

Sumber gambar: minnesota.cbslocal.com

Selain tonton muzik video, makeup tutorial, gaming tutorial, mukbang, vlog dan lain-lain di Youtube, korang nak tahu tak sebenarnya ada saja video yang korang tak boleh tengok, katanya lah. Hehe! Tak tahu lah sebab apa tetapi katanya, sudah banyak kes yang berlaku kepada penonton disebabkan mereka menonton video ini. Nak tahu tak apa dia? Jom tengok video apa yang dahsyat sangat ini. Kalau korang berani, korang boleh tonton video ini di Youtube.

MEREANA MORDEGARD GLESGORV

Untuk pengetahuan korang, video yang berdurasi dua minit ini sahaja sudah pun membuatkan orang bunuh diri dengan pelbagai cara. Tetapi lebih ramai yang cuba mengorek mata mereka keluar selepas tengok video ini. Ada yang cakap, video ini ibarat pukau. Jadi, korang kalau nak tengok kena tengok dengan kawan-kawan okay sebab risau pula jadi apa-apa pula kan? Haha! 

I FEEL FANTASTIC

Wow! Fantastic baby! Eh bukan yang itu! Haha! Tapi ini adalah Tara The Android yang orang kata video ini awalnya nampak biasa tapi sebenarnya dia adalah tentang satu pembunuhan dan kalau korang tengok di tengah video ada satu laman di belakang rumah yang mana di situ mereka tunjuk tentang di mana kawasan mangsa pembunuhan di tanam dan baju yang di pakai oleh Tara The Android itu adalah baju pembunuh yang merekod video ini.

COOKING IDOL

Aik? Video idol masak pun ke? Eh bukan idol yang K-Pop itu, ini cooking idol yang lain. Katanya, video ini boleh buatkan orang kena heart attack! Noroi iaitu bermakna sumpahan adalah nama patung tersebut yang mana dalam video itu, Noroi patung dengan perut terburai dan penuh dengan darah dia buat sesuatu sambil putarkan lengan dia banyak kali. Ha! Ada berani ke?

GIRL GOES PSYCHO DURING MAKEUP

Kalau korang tengok video ini memang awalnya perempuan dalam video ini dia buat makeup tutorial seperti biasa tetapi lama sedikit korang akan nampak perempuan dalam video ini dia tiba-tiba kaku dan mencederakan dirinya. Memang aneh! 

POKOPOKOSHOPPING

Dimuatnaik oleh channel yang sama dengan video cooking idol. Channel nana825763, memang selalu menyajikan subscriber dia dengan content yang cute and horror. Kebanyakan video yang ditunjukkan kepada subscriber nana825763 ini memang sebenarnya penuh agenda jahat orang kata. Jadi, apa kata korang? Hehe

Kalau tengok semua video ini sebenarnya biasa sahaja, dan pernah tak terfikir. Kalau betul sudah ada banyak kes sehingga yang melibatkan kematian orang dan men-trigger penonton, kenapa pihak Youtube tidak block video ini dari tontonan umum, setuju atau tidak? Akan tetapi, kalau korang adalah seseorang yang lemah semangat atau tidak boleh tengok sesuatu video yang agak pelik sebab korang cepat trigger atau overthinking sebaiknya korang elakkan diri tonton video ini okay! Hehe!  

What do you think?

-4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Lagu Rap Yang Korang Boleh Layan! No. 3 Paling Padu!

Goodluck, Result SPM 2019 Keluar 05 Mac!