in ,

Kalau Kasut Ketat, Masukkan Dalam Freezer?

Sumber Gambar: https://www.remaja.my/

#Lunagirls, korang ada tak kasut yang saiz kecil sebab salah beli atau dah lama tak guna? Kalau ada, jangan buang dulu or bagi orang sebab Ummi ada trick untuk besarkan sikit kasut tu so senang untuk korang pakai.

MASUK FREEZER

via GIPHY

Ha! Untuk cara ini apa yang perlu korang buat adalah dengan…

  • Sediakan Ziploc bag yang agak agak muat nak sumbat DALAM kasut korang tu. Kemudian isikan air dalam bag tu dan make sure takda bocor tau
  • Masukkan bag isi air tu dalam kasut dengan perlahan supaya tak terkoyak. Pastikan masuk sampai ke hujung kasut.
  • Simpan kasut berisi beg air tu dalam freezer. Cara ni boleh tolong kembangkan sikit kasut korang

HAIR DRYER

via GIPHY

Kalau kasut korang jenis kulit memang sesuailah buat trick ini. Apa yang korang boleh buat…

  • Pakai stokin siap-siap macam nak pakai kasut. Make sure pakai stokin tebal tau, kalau tak korang akan burn kepanasan sebab…
  • Lepas dah pakai stokin dan kasut, korang boleh la mula hidupkan hair dryer dengan panas yang tinggi dan blow kasut korang selama 30 minit. Haba dari hair dryer tu akan kembangkan kulit kasut.

GUNAKAN SHOE STRETCHER

Sumber Gambar: https://www.youtube.com

Kalau korang ada alat ni memang senanglah hidup, sebab ia paling mudah dan potensi untuk kasut korang rosak pun susah tau. Tapi alat ni ada dalam beberapa jenis tau sebab ia tak sama antara kasut lelaki dan perempuan, kasut flat, heels and sport shoes.

Siapa yang dah buang kasut ataupun terbagi dekat orang lain, mesti rasa menyesal, kan? Tak apa #Lunagirls, next time boleh cuba tips Ummi ini ya.

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Menyorok Dalam Gelongsor Waktu Bulan Puasa?

Apa Kes Keluar Dating Tapi Suka Nak Potong Mood?