in ,

Kalau BFF Lelaki Okay Tak?

Sumber gambar: www.theodysseyonline.com

Hello #Lunagirls! Ada tak antara korang yang ada BFF lelaki? Menurut  kajian daripada seorang ahli psikologi, Linda Sapadin, perempuan dan lelaki lebih mesra berkawan disebabkan perubahan budaya! Tapi tak bermaksud BFF lelaki lebih baik tau! Cuma #Lunagirls akan dapat rasa perbezaannya antara BFF lelaki dan BFF perempuan seperti…

PENDENGAR YANG BAIK

via GIPHY

Maybe sebab mereka tak faham kenapa perempuan selalu insecure dan terlalu banyak berfikir.. haha! Sebab tu mereka lebih suka mendengar! Dan walaupun #Lunagirls sembang pasal sesuatu berulang kali mereka tetap setiap mendengar tau!

LEBIH MATANG & CEPAT MOVE ON

via GIPHY

 Walaupun kadang-kadang bahasa lelaki a bit kasar, tapi mereka lebih matang dalam memberi nasihat! Dan mereka tak simpan dalam hati kalau #Lunagirls mood swing atau marah tiba-tiba tanpa sebab! Sebab tu mereka cepat move on! Plus point! Hihi!

SUKA BUAT LAWAK HAMBAR!

via GIPHY

Kawan baik lelaki akan cuba mainkan peranan untuk gembirakan korang bila diperlukan! Walaupun luaran nampak very manly, tapi dorang faham #Lunagirls berhati lembut! Dan mereka akan layan korang baik-baik je! So sweet! 

‘BODYGUARD’ TAK BERBAYAR!

via GIPHY

Point yang ni paling best! Kalau dekat sekolah #Lunagirls perlukan back up, korang panggil je kawan baik lelaki tu! Hihi! Lepas ni tak ada siapa lah berani nak kacau korang lagi! Wehoo!

Kawan baik lelaki atau perempuan, dua-dua pun bermanfaat! Kalau sebelum ni, #Lunagirls hanya berkawan baik dengan perempuan, mungkin korang boleh cuba ada kawan baik lelaki? Haa kalau kita tak cuba, kita tak akan tahu! Yang penting, LUNARIA nak pesan berkawan biar seribu okay girls?

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara Terbaik Untuk Dapatkan Trust Parents!

3 Jenis Gangguan Pemakanan Korang Perlu Tahu!