in ,

Kalau Ada Plak Gigi, Mulut Jadi Busuk! Jaga-Jaga…

Sumber Gambar: https://www.faktualonline.com/

“Eww! Gelinya tengok plak dekat gigi ni!”

Ha! #Lunagirls ada masalah dengan plak gigi ke? Kalau korang nak tahu, plak atau karang gigi ni terjadi disebabkan bakteria dan sisa-sisa makanan yang ada di celah-celah gigi dan mulut. Kalau nak hilangkan plak ni korang boleh jumpa Dentist untuk rawatan. Tapi Ummi nak tolong korang elakkan dari ada masalah plak ni.

BERUS GIGI

via GIPHY

Untuk buang plak dekat gigi, korang kena gosok gigi tiga kali sehari. Aipp, jangan liat nak berus gigi sebab bakteria dan sisa makanan mungkin boleh ada di celah-celah gigi kita yang akan menyebabkan plak terhasil. Jadi dengan membersih secara teratur, mulut korang akan bersih, berbau harum dan gusi pun sihat. Lama kelamaan plak pun akan hilang.

MINUM AIR MASAK

via GIPHY

Minum air masak ni adalah satu cara yang efektif dan senang untuk menghilangkan plak gigi. Bila kita minum air putih, secara tak langsung akan bersihkan sekali sisa-sisa makanan yang terlekat dekat celah-celah gigi tu. Lagipun air masak ni free je, hihi.

BUAH EPAL

Sumber Gambar: https://bukanaku.com/

Buah epal mengandungi vitamin C dan juga kalsium yang berguna untuk menyihatkan gigi dan menghilangkan ia secara semulajadi. Selain itu girls, makan epal setiap hari, boleh membuatkan gigi kita lebih putih dan bersih tau. So lepas ni, banyakkan makan epal ya, kata orang ‘An apple a day keeps the doctor away’.

BAKING SODA

Sumber Gambar: https://blog.bulletproof.com/

Baking soda, boleh buang plak gigi? Ya girls, dan caranya mudah sangat, korang hanya perlu letakkan baking soda atas berus gigi dan berus, tapi jangan sampai tertelan tau. Korang juga boleh campurkan sedikit garam pada baking soda tu waktu memberus supaya lebih bersih. Cara ni yang paling popular dan berkesan untuk hilangkan plak dekat gigi.

Apa pun girls, kalau dah teruk sangat plak dekat gigi korang, cepat-cepat jumpa dentist okay? Jangan biarkan ia jadi lebih teruk. Lagipun penjagaan mulut dan gigi ni penting, kalau boleh, kena selalu bersihkan. Jangan biarkan sisa-sisa makanan terkumpul, sebab ia bukan saja boleh jadi plak, masalah gusi, tapi mulut korang juga akan berbau. Kalau dah berbau, macam mana nak cakap dengan crush nanti~

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Set Date Dengan Jodoh Guna Facebook?

Eh Artis Ni Senior Dekat Sekolah Rupanya…