in ,

Kaki Jealous Sampai Boyfriend Pun Malas Nak Layan!

Sumber gambar: https://www.vice.com/en_us/article/ezpgye/i-paid-this-company-30-to-break-up-with-my-girlfriend

Dah kata sayang, mesti la nanti kena jealous. Kalau tak jealous tu maksudnya tak sayang dan tak ambil peduli pun kan? Haihhh

Jealous ni benda biasa bagi seorang perempuan. Lagi-lagi kalau tengok kekasih hati dia bercakap dengan girl lain atau ex girlfriend dia! Relaks ya girls, jangan jealous sangat sebab ada effect negative pada diri kita. Antaranya ialah…

SAKITKAN HATI ORANG YANG DISAYANGI

via GIPHY

Bila dah jealous tu mesti akan ada berlaku pergaduhan. Mula la mengamuk dekat si dia sebab tak puas hati dengan tindakan dia tu. Lepastu mula la si dia fikir yang korang tak percayakan dia. Buat apa bercinta kalau saling tak mempercayai? Dah si dia pula yang merajuk. Sorang marah, sorang merajuk, siapa nak pujuk?

HILANG FOKUS

via GIPHY

Mula la terfikirkan pasal tindakan si dia waktu tengah dalam kelas. Cikgu mengajar dekat depan pun korang boleh mengelamun dekat belakang. Tambah pula dengan overthinking korang tu, lagi la keadaan jadi teruk. Pelajaran terganggu, perhubungan pun dah goyah.

KAWAN MENJAUH

via GIPHY

Siapa je tahan dengan orang yang kuat jealous ni? Kawan-kawan pun boleh rasa annoyed tau! Nanti satu per satu kawan mula menjauhkan diri daripada korang. Tak campur lagi korang mengadu benda yang sama dekat kawan tu, sampai dia pun dah naik muak nak dengar luahan perasaan korang yang kaki jealous tu.

SELAMAT TINGGAL PACARKU

via GIPHY

Daripada terus bergaduh, si dia pun decide untuk putuskan hubungan dengan korang. End up korang jadi #TeamSingle sebabkan perangai kuat jealous tu. Bukan setakat kawan je yang menyampah, boyfriend sendiri pun dah tak tahan. Kesian korang terlampau ikutkan perasaan sampai lukakan hati orang yang tersayang.

Hmm tak salah pun kalau nak jealous ni tapi jangan la sampai melampau sangat. Lagi baik waktu korang baru nak mula jealous tu, terus pergi minta explanation dekat si dia. Baru la hubungan tu berkekalan, okay?

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ini Sebab Kenapa Billie Eilish Prefer Fesyen Baggy👕 👖

Powernya Boleh Tiru Suara Artis!🎤