in ,

Kaki Aiskrim Kena Try Senarai Perisa Rare Ini

Sumber gambar: https://www.stylist.co.uk/life/stranger-things-trailer-feminist-moment-female-friendship/257777

Minggu lepas Zoe ada pergi satu event ice cream Ben & Jerry’s yang baru saja rasmi di Malaysia. Memang best sebab ada macam-macam perisa aiskrim yang Zoe tak pernah rasa macam Cherry Gracia, Chunky Monkey, Coconut Seven Layer Bar dan lain-lain. Tapi Zoe masih setia dengan ice cream flavour asli dan rare dari negara kita dan nak kongsi dengan #Lunagirls yang mungkin tak pernah rasa lagi!

CEMPEDAK

Sumber gambar:

Buah cempedak diluar pagar, ambil galah tolong jolokkan, saya budak baru belajar, kalau salah cara buat ais krim tolong tunjukkan. Cempedak ini sangat sedap di makan mentah atau goreng dan bukan setakat itu saja. Bila cempedak dibuat aiskrim, rasa dia sangat berkrim dan sentiasa menjadi kegemaran untuk korang yang suka benda manis berlemak. Nyum nyum! Perisa cempedak ini favorite Zoe! Korang kena cuba tau..

TEH TARIK

Sumber gambar:

“Ane! Teh tarik satu!” Ha, biasanya ayah atau mak kita akan order teh tarik dekat mamak dan request nak yang kaw punya kan? Untuk pengetahuan awak, aiskrim perisa teh tarik pun ada tau. Memang wajib cuba sebab air ini merupakan simbol rakyat Malaysia, rugi sangat siapa yang belum rasa! Kalau korang tak minat minum teh tarik, boleh cuba makan aiskrim teh tarik. mungkin awak akan teh-tarik (tertarik) Lol!

NASI LEMAK

Sumber gambar:

Kedengaran agak pelik bukan? Ramai yang cakap rasa aiskrim nasi lemak ini tekstur lebih berkrim dengan perisa yang pedas dan dalam aiskrim itu sendiri siap ada ikan bilis tau! Woah! Zoe macam nak cuba ais krim ini tapi tak tahu lah berani telan ke tidak. Haha! Ada antara #Lunagirls nak try makan aiskrim ni dengan Zoe tak?

DURIAN

Sumber gambar:

Tak lengkap rasanya kalau tak ada perisa ini di Malaysia! Rasa dia memang unik dan sebenarnya rasa buah durian agak kuat tapi untuk aiskrim durian dia tak terlalu kuat dan light saja rasa dia, paling penting ia lemak berkrim. Makan semasa cuaca panas, fuh! Lega tekak kita..

Selain daripada perisa yang Zoe senaraikan tadi, sebenarnya ada banyak lagi perisa ice cream dari negara kita yang sedap dan memang layan nak makan waktu tengah hari dan petang sebab sekarang kalau tengah hari panasnya tak boleh bawak bincang! Jadi selepas ini, kalau ada antara #Lunagirls yang belum rasa lagi perisa ice cream yang Zoe share tadi, korang bolehlah cuba lepas ini. Hehe!

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Sah, Zynakal Hidap Gangguan Mental!

Umur 20 Tahun, Wani Buat Event Untuk BTS ARMY!