in ,

Kafe Instagramable Worthy Untuk Korang Lepak Dengan Kawan

Sumber gambar: www.kuala-lumpur.ws

Sekarang ini, ada sesetengah dari kita yang suka melepak dengan kawan pada hujung minggu sambil minum dan makan dessert. Bukan setakat itu saja, malah disebabkan trend seperti itu juga. Sudah ada banyak sangat kafe hipster yang menjadi pilihan dan kadang-kadang sampai rambang mata kita nak pilih sebab nak pilih dekorasi kafe mana yang menarik untuk dijadikan tempat yang paling sesuai untuk kita ambil gambar waktu lepak. Jadi, untuk korang yang kaki ambil gambar dan post di Instagram itu, mungkin 5 kafe yang akan kami kongsi ini adalah salah satu kafe yang instagramable untuk korang lepak dengan kawan.

BEAN BROTHERS, PJ

Ramai orang selalu cakap “don’t judge a book by it’s cover” dan ya, kafe Bean Brothers yang terletak di PJ ini sesuai sangat untuk korang. Kalau korang tengok bangunan luar kafe Bean Brothers ini, memang ada yang cakap level setinggan. Akan tetapi, kalau korang masuk di dalam. Ruangannya memang sangat sangat superb! Servis mereka untuk pelanggan pun memang sangat friendly. Kalau korang dan kawan korang nak ada mood lepak yang chill and relax, boleh cuba datang sini.

KENNY HILLS BAKERS

Jika korang adalah penggemar pastries, pizza dan kopi. Korang boleh datang ke Kenny Hills Bakers. Dia ada 3 cawangan iaitu di Ampang, Bukit Tunku dan juga Desa Park City. Ramai yang rekomen Kenny Hills Bakers sebab tempat lepak ini bukan sahaja luas. Malah rasa dan presentation setiap hidangan pun membuatkan ramai yang puas hati.

POKOK KL CAFE

Ini bukan tipikal pokok yang korang tahu tapi ini adalah Pokok KL Cafe yang menjadi salah satu kafe glasshouse ala-ala tersorok di bawah pokok-pokok yang buatkan suasana kafe nampak dipenuhi ala hutan. Bukan sahaja tempatnya nampak instagramable, malah setiap makanannya pun akan buatkan korang terliur tau! Siapa yang dah pernah pergi, mungkin korang boleh rekomen salah satu menu yang paling best? Hehe! 

JAO TIM

Sumber gambar: options the edge

Mungkin selepas ini korang boleh kaw tim dengan kawan-kawan untuk lepak di Jao Tim yang terletak di Jalan Sultan, KL? Ini sebab kafenya yang ada vintage vibe dan sangat instagramable ini bukan setakat ada makanan dan vibe kafe yang boleh ambil gambar. Malah, di Jao Tim juga korang boleh layan live show para penyanyi tempatan juga tau! Memang chill sangat untuk lepak dengan kawan-kawan!

ALTA CAFE BANGSAR

Sumber gambar: malaysian flavours

Macam Alta Cafe Bangsar ini pula, kalau korang ada tugasan dengan kawan-kawan, bolehlah datang ke sini sambil lepak dan buat kerja sekaligus. Bukan setakat luas dan ada laptop-friendly space, malah vibe kafe ini juga seakan-akan korang berada di Paris and Copenhagen sebab dekorasi kafe ini terinspirasi dari situ.

Jadi, selepas ini korang bolehlah rancang dengan kawan nak lepak kafe mana kan? Hehe! Tak ada masalah nak fikir kafe mana nak lepak sebab kami dah beri korang idea. Korang bukan setakat boleh berbual lama dengan kawan waktu lepak. Nak buat tugasan dan ambil gambar post di Instagram pun memang best! 

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Seminggu Keluar Album ‘Comeback’, 1THE9 (Wonder 9) Terpaksa Dibubarkan

5 Perkara Rare Mungkin Kita Buat Selepas Bangun Tidur