in ,

Kafe Hot Spot Sekitar KL Harus Cuba

Sumber gambar: KLFoodie

Alamak, weekend ni birthday Syira. Bosan pula asyik bagi hadiah je dekat dia, rasa macam nak bawa pergi jalan-jalan cari makan pula…

Ada plan nak pergi cafe hunting ke weekend ini? Kalau ada, korang tengah baca artikel yang betul! Tengah cari cafe hipster, makanan best dan tempatnya yang Instagram worthy? LUNARIA nak share dengan korang beberapa cafe yang boleh korang pergi bersama dengan kawan-kawan atau family. Lagi best bila tempat ini boleh ambil gambar cantik-cantik ya. Enjoy~

MERCHANT LANE

Kalau korang sukakan vibes cafe yang ala-ala aesthetic tapi simple di campur dengan element lama, Merchant Lane Cafe sangat sesuai untuk korang. Cuma kalau pergi on weekend akan sesak sikit tempatnya sebab ramai orang akan ke sana pada weekend. Nak elak daripada bertembung dengan ramai orang, korang boleh pergi waktu weekdays. Biasa kalau nak celebrate birthday atau apa-apa small occasion pun boleh buat dekat sini, korang hanya perlu inform sahaja kepada pekerja di situ. Makanan di sana pun semunya sedap belaka, korang akan mengalami masalah bila nak pilih makanan. LOL. Lepas dah seronok makan di sana, korang boleh singgah kedai bunga berdekatan iaitu Lee Wah Florist. Harga bunganya  pun murah dan berbaloi.

POKOK.KL

Baru tengok di luar cafe pun korang akan rasa kagum dengan dekorasi dan juga kawasan sekeliling cafe ini. Bertempat di dalam kawasan MAHSA University, Pokok KL menyajikan makanan dan tempat yang cantik untuk korang. Cuma kawasan ini agak sukar nak cari parking sebab dalam kawasan university, disarankan korang naik Grab atau minta tolong parents hantar. BTW portion makanan di sini banyak so better korang order sikit-sikit dulu sebab takut order banyak sekali tak habis ya. Lepas makan nak lepak area luar pun boleh dan walaupun ramai tapi jangan risau, korang takkan tunggu lama untuk mendapatkan tempat duduk. Tempat ‘wajib’ pergi kalau nak ajak crush keluar makan. *hint untuk crush*

RIMBA RUSA

Makanan sedap plus tempat yang sangat santai. Kedai ini sangat simple tapi tetap menarik. Cuma mungkin harganya agak mahal berbanding dengan cafe yang lain. Tapi harga mahal pun masih berpuas hati sebab makanannya sangat sedap! Last time #LunaSquad makan di sana dan kami memang suka sangat cafe ini.. Even harga agak mahal, tapi berbaloi la juga, cuma mungkin kalau nak kenyang korang kena makan nasi lemak ayam panggang sebab itu memang sedap dan mengenyangkan! Alamak.. ini yang rasa macam nak pergi esok!

LUCKIN KOPI

Kaki minum coffee? Kalau ya, korang kena pergi ke Luckin Kopi. Antara yang menarik ialah korang boleh refill semula air kopi ais di sini. Cafe lain belum lagi offer refill kopi.. Apa yang menarik, salted egg chicken di sana sedap, ada antara korang yang dah pernah ke sana? Konsep Luckin Kopi lebih kurang juga macam Merchant Lane which is vibes tempat lama yang ada pada kedua-dua tempat ini. Kalau nak ambil gambar pun best sebab ada banyak spot yang menarik di sana.

Semua kafe yang LUNARIA suggest ini korang boleh jadikan tempat untuk buat small occasion bersama dengan keluarga atau kawan-kawan. Cuma kena datang awal untuk reserve tempat duduk, risau nanti dah ke sana tak ada tempat pula. Happy cafe hunting guys!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

ATEEZ Kembali Buat Kejutan Khas Buat ATINY

Jom Kenali Girl Group NiZiU! Group Jepun Pertama Di Bawah JYP!